Thursday, July 17, 2008

PERIHAL BAITUL MUSLIM


" anti ni bagitau ustaz betul-betul, anti betul ke nak berkahwin dengan dia?"." kalau tak nak, bagitahu... kan senang, ustaz boleh jer carikan muslimat lain untuk dia.. ramai lagi yang menunggu...". Ustazah yang sentiasa disisi ustaz mengangguk tanda bersetuju dengan gertakan suaminya.


"ana bukan tak nak cepat-cepat ustaz, ana selalu berdoa mohon urusan ana ni dipermudahkan, cuma keluarga ana tak izinkan dalam waktu sekarang". "Ana dah pujuk ustaz, allah belum lembutkan hati keluarga ana buat masa sekarang... macam-macam alasan ana terima dari keluarga ana"..." Ustaz, ana buntu sekarang.. ana tak bermaksud nak menyeksa si dia, bahkan ana turut merasa bersalah jika si dia berhadapan dengan cabaran yang besar ustaz... Ana nak jaga iman ana, ana juga tak mahu iman si dia tercalar ustaz... apa harus ana buat?"


" Hanya allah yang memegang hati setiap hambaNYA dan DIA yang berhak mengubah hati hambaNYA"

Begini...

"Kamu berdua perlu buat solat hajat secara serentak... khusus untuk lembutkan hati keluarga antum.."..."Macam mana tu ustaz... serentak?

"Antum berdua perlu sepakat bila nak buat solat hajat tu.. Tapi biarlah sepertiga malam... pastikan solat tu dijalankan serentak.. dan dengan niat serta berdoa atas tujuan yang sama"....

" Abih tu, jika ana bangun tapi kalau si dia tak bangun macam mane? "

"Anti pada keadaan yang sebegini, kedua-dua belah pihak dibolehkan untuk menghubungi antara satu sama lain.. Anti boleh call si dia kejutkan dia bangun dan bersiap untuk solat hajat..."
"Ustaz, boleh ker.. kejut-kejut bangun tidur ni bukan tak boleh ker..."." Anti perlu faham..
tujuan solat tersebut dibuat secara serentak bagi memohon pertolongan kepada Allah dengan niat yang sama oleh kedua-dua pasangan agar urusan membina masjid dipermudahkan.."

"InsyaALLAH, pasangan-pasangan yang sebelum ini pun diuji dengan ujian keluarga, akhirnya dapat bersatu... Mudah-mudahan antum berdua juga dipermudahkan urusan...".

"Berapa lama nak buat solat hajat ni ustaz?". ..."Solat hajat ni perlu dibuat 7 kali berturut-turut... jika tertinggal.. kena ulang balik.... dan sepanjang dalam tempoh solat hajat... kedua-dua pasangan tak dibenarkan bercakap mengenai pasangan masing-masing dengan kedua-dua belah keluarga.. segala proses pujuk-memujuk perlu dihentikan seketika.."

"Emmmm macam tu ustaz...". " Hanya selepas selesai kesemua solat hajat barulah antum.. tanya keluarga antum secara baik.. mungkin ada perubahan positif... jika masih tak ada... ulangi lagi proses solat hajat.... mudah-mudahan kedua-dua keluarga lembut hati..."

Ini merupakan antara kisah yang sempat saya kutip dari kisah sahabat dalam siri kehidupan saya.. begitu indah saluran BAITUL MUSLIM..Walaupun agak sedih kisah yang kita baca sebentar tadi.. tapi itulah realiti yang ada.. bak kata kakak angkat saya" bukan senang nak dapat sesuatu yang baik.. Allah pasti uji.., namun sifat kebergantungan kepadaNYA dan bersabar pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk diraih.

BAITUL MUSLIM merupakan satu kewajipan bagi kita pendokong agamaNYA. Bermula dari proses taaruf kita beriltizam untuk menjaga segala bentuk hubungan dengan pasangan kita kerana dari situlah penilaian pasti diambil kira oleh ALLAH untuk mengurniakan kita zuriat yang soleh atau tidak. Jika akhlak perhubungan bermula dari proses mentakdim hinggalah ke alam perkahwinan dijaga, insyaALLAH berakhlak mulia lah jua zuriat yang bakal dianugerahkan nanti.

Mungkin agak keliru bila kedua-dua pasangan dibenarkan menghubungi antara satu sama lain untuk sama-sama bangun menunaikan solat hajat, sedangkan kita acap kali dilarang untuk berSMS tazkirah, Miscall2 bangun qiam dengan spesis berlainan jantina, tapi bagaimana pula halnya dengan kes yang disebut di atas? Pada ketika ini, dibolehkan, kerana ia merupakan satu cara untuk kedua-dua pasangan yang berhadapan dengan tekanan keluarga agar dapat berhubung terus dengan ALLAH secara serentak bagi memohon dipermudahkan segala urusan.

InsyaALLAH segala yang baik akan diperkenankan..AMIN..

Moga-moga setiap pasangan yang telah melalui BAITUL MUSLIM akan dipermudahkan urusan. Kepada para ibu dan bapa, bukalah mata, luaskan minda. Pandanglah dengan mata hati yang beriman... anakmu yang memohon disatukan dengan srikandi/mujahid ISLAM bukanlah kerana nafsu tetapi kerana tuntutan ibadah.. Ia suatu yang mulia. Ibu dan ayah, anda patut bersyukur anak-anakmu tidak memilih untuk menjalinkan hubungan seperti trend sekarang yang mengharamkan apa yang halal. Adakah hubungan yang suci lagi terjaga ini, anda anggap suatu yang pelik lagi jelik?

Jangan jadi ibu dan ayah yang ingin meruntuhkan masjid yang dibina atas ikatan akidah dan perjuangan. Pilihlah mereka yang bakal menjadi sebagaian dari keluargamu dari golongan yang beriman dan beramal soleh. Bukan nilaian utama pada kebendaan dan rupa paras kerana hanya AGAMA yang dapat menyelamat, membahagiakan dan memberi kesenangan kepada anakmu dunia dan akhirat, bukan kebendaan yang merupakan tipu daya dunia.

p/s : sumber diperolehi dari unit Baitul Muslim Negeri

~Hidup mulia dengan ISLAM~

No comments: