Friday, July 18, 2008

MOTIVASIKAN DIRIMU

cherish your dreams and aspiritions, they are blueprint of your achievement

Tak semua orang bertuah memiliki apa yang diimpikannya, jadi apabila berjaya mendapatkan apa yang diimpikan, kita harus menghargainya dan berusaha memastikan impian kita menjadi lebih baik dan lebih baik dari apa yang diharapkan. Jom kita selidik 8 idea motivasikan diri. Pantang mengalah sebelum mencuba..

FIKIR POSITIF
Biarpun impian yang dicapai tak seindah impian, namun jangan cepat melabelkan dirimu sebagai GAGAL!. Kesannya amat buruk sekali. Sebenarnya kegagalan itu akan menjadikan seseorang itu berjaya ke akhirnya jika ia dipandang dari sudut positif. Ramai yang gagal selum menang, kenapa takut untuk gagal?
FACE IT..

BERDIKARI
Jika nak berjaya, elakkan diri dari sifat kebergantungan dengan orang lain. Setiap manusia ada kelebihan tersendiri, kamu juga TIDAK TERKECUALI. Kamu sebenarnya mampu membawa dirimu mengecapi apa yang diinginkan. Maka, kenali potensi diri dan gunakannya dengan wajar.
GO AHEAD..

FIKIR KREATIF
Dengan kreativiti yang kamu ada, tak mustahil kamu mampu melihat sesuatu yang lebih dari mata kasarmu. Kadangkala ia sukar disangka, namun ia bertambah sukar jika kamu menyempitkan fikiran dan akhirnya terhimpit, tersepit dan secara tak langsung kamu akan hilang motivasi. Untuk itu, apa tunggu lagi, belajarlah jadi kreatif untuk kamu menempa kejayaan!
DISCOVER IT..

SIKAP OPTIMIS
Langit tak selalu mendung. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat yang ALLAH berikan. Berusaha sebaik mungkin agar impian kamu tercapai.Sentiasa berfikiran positif, optimis, berlapang dada dan rasional dalam segala yang merumitkan.
JUST DO IT..

BERI SEDIKIT MASA
Nak dapat hasil tanaman yang baik, perlu gembur tanah, menyemai biji benih, menyiram menyembur racun hinggalah kita berjaya menikmati hasilnya. Namun kekadang, hasil tanaman tak begitu memuaskan apabila tanaman dimakan serangga, dirosakkan atau tak menjadi.Tetapi jangan gundah gulana kerana lambat laun kamu akan menerima hasil yang menggembirakan.
ENJOY IT..

RUJUK MATLAMAT HIDUP
Sebelum melangkah jauh, ingatkan diri terlebih dahulu, adakah kamu berada dilandasan yang betul? Jika ya, jangan tergelincir. Kamu tidak akan sesat haluan dan ikuti perancangan yang dibuat dan tingkatkan usaha.
GO FOR IT..

TINGKATKAN KEMAHIRAN
Mungkin kamu masih tidak berpuas hati dan tidak boleh berjaya, mungkin ada beberapa kemahiran lain yang masih belum kamu miliki sepenuhnya. ILMU dan KEMAHIRAN. Kamu boleh dapatkan kedua-dua sumber penting ini secara pendidikan formal dan tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat iaitu ‘pengalaman’.
LEARN IT..

FAHAMI FITRAH ALAM
Kejayaan bukan sesuatu yang mudah.Rasulullah yang berjaya menyebarkan Islam pun, pernah diuji dan ada jatuh bangunnya. Jika kamu ingin menjadi seorang yang tewas, ia amat mudah. Itulah hukum alam, senang untuk menjadi buruk. Umpama memetik jari, tetapi untuk menjadi orang berjaya banyak cabaran dan ujian perlu ditempuhi. Jadi pohonlah pertolongan dengan bersolat dan bersabar.
EVERYTHING IS BEAUTIFUL IF BECAUSE OF HIM..
p/s : Jangan sesekali lupa rujukan utama AL-QURAN dan AS-SUNNAH..

~Hidup mulia dengan ISLAM~

No comments: