Tuesday, July 1, 2008

Taubat seorang adik

"kak ni.. adik tak suka la kak sibuk-sibuk pasal hal peribadi adik" "Jangan kongkong adik, adik tau apa yang adik buat"... Tiba-tiba rasa air jernih deras mengalir dari alur mataku.. Tak dapat aku nak menahan perasaan sebak ini.. Ya Allah pelihara adikku.

Adik lelakiku yang usianya 17 tahun adalah satu-satunya adik yang aku ada(kami dua beradik jer). Dia merupakan anak yang soleh dalam keluarga. Adikku tak pernah jemu menjaga ayah yang terlantar selama 3 tahun sakit akibat angin akhmar bila pulang dari asrama. Mandikan ayah, suapkan ayah makan, tukarkan lampin pakai buang ayah. Rajin lah, sebab dia ada minat nak jadi jururawat lelaki. Alhamdulillah, tentang solat pula tak perlu dirisaukan .Solat tak pernah ditinggal.. cuma kekadang tu...ader la terlewat solat.....

Adikku ni tak liar, tak melepak apatah lagi merempit ... lepak kat rumah jer kalau balik asrama.. katanya Baiti Jannati. Dia adikku, anak yang terdidik dengan agama walaupun kami sekeluarga bukanlah dari latar belakang agama yang kuat. Mungkin sebab dia sekolah agama, jadi agak terdidik.

Namun dirinya menerima ujian ALLAH,mungkin untuk memberinya tarbiah berharga. Bemula dengan kejayaannya dalam PMR, mak menghadiahkan telefon bimbit buatnya. "Alah kak jealous lah tu... handset adik lagi canggih dari kak...." Aku hanya mendiamkan diri...aku bukannya budak kecil cemburu pada hal yang remeh... tapi jauh disudut hati aku risau dia akan lalai dek handset barunya itu.. Sungguh bagai dikata.... dia mula belajar berSMS dengan seorang teman sekolahnya yang diibaratkan cukup istimewa buat dirinya.

Pada mulanya hanya sms bisa, " Sesungguhnya ALLAH telah menemukan kita...Kau lah wanita solehah buatku..... jangan lupa bangun qiam tau, jadi hambaNYA yang solehah".. lama kelamaan makin berani... "Sayang tengah watper tu? abang rindulah kat sayang.." Oklah... abang tidur dulu... muuuuahhh... abang bagi kiss maut kat sayang ni"... Berkecai hatiku bila inbox message dipenuhi dengan kata-kata cinta... maklumlah... 2 minggu sekali saja nak main sms bila balik ke rumah. Kat sekolah tak sempat nak berpuisi indah sebab tak ada handset... YA ALLAH... selamatkan adikku..

Cubaan pertama.. menegur tak berjaya.. hanya linangan air mata.. menenangkan hati... tak boleh jadi ni... fikirku..

Dari pemerhatianku, adikku dan kawan perempuannya masih kuat iman mereka... budak perempuan itu sukakan tazkirah.. majlis-majlis ilmu... mungkin mereka tak tahu yang bercinta tu salah bila tiada ikatan pernikahan.. "boleh ker saya nak kenal dengan akak kamu im?" tak payah la, nanti panas telinga,, dapat tazkirah free..."adikku membalas.. "tak per saya suka tazkirah..."kata maizatul. Akhirnya aku berpeluang mengenali adik perempuan tersebut... Ya ALLah.. hatiya bersih... cuma dia tersalah langkah... tapi masih belum terlambat.. satu persatu agenda aku susun untuk menyedarkan mereka...

satu malam dalam perjalanan pulang.. dalam kereta.."dik pernah dengar tak kisah cinta BABI?" " "Haa... cinta babi... tak pun.....adik dengar" Cantik... bisik hatiku.. "dengar sini kak nak cerita..." kebetulan ada sepupuku yang sebaya dengan adikku...bersama-sama kami. Lelaki juga... apalagi...dapat tazkirah free ler budak2 ni malam ni..

"Ok.. ada seekor babi yang orang Islam bela, bela dengan cara Islam, makan bacakan doa makan untuk babi ni, Pendek kata, babi ni diajarkan dengan adab-adab Islam.. Agak-agak , babi islamik ni masih haram tak bagi kita orang ISLAM atau dah gugur KEHARAMAN tersebut... yelah... dapat didikan ISLAM.."tanya ku pada mereka berdua... "Eh.. mana boleh... Babi tu kan haram... dalam Al-quran pun jelas-jelas mengatakan babi tu haram..." tegas adikku menyampaikan hujahnya.. "Betul-betul"sampuk pula Afiq, sepupu kami.

"Yakin?" tanyaku.. "Mestilah.. adik yakin".. "Ok...kak nak tanya .. agak-agak... cinta yang kononnya cinta islamik... berpesan-pesan jangan tinggal qiam, ayat-ayat hikmah menginsafkan diri, sabda-sabda rasulullah untuk menambat hati si dia tu, masih halal ke walaupun sebelum bernikah? Walaupun tak buat apa-apa, just wish-wish biasa, setakat panggilan sayang, honey, kiss, muah tu boleh ke sebelum disatukan secara sah adik?"

"Terdiam adikku... pening agaknya. "Boleh ke bercinta sebelum sampai masanya? Agak-agaknya.. Dalam Al-quran boleh terubah ke ayatnya, kepada HALAL kalau kamu bercinta dari jauh ni... tak buat apa-apa... kami tak buat maksiat... cinta kami cinta islamik, cinta kami untuk mengukuhkan study kami.. cinta sebenar tak macam orang lain...kami jaga pergaulan.." Soal ku bertubi-tubi menambahkan kepeningan adikku.. "Oh ya.. makwe saya ni... saya tegah dia dari buka aurat..." aku terus menghentamnya. " Adik,Kamu ingat kamu tak buat maksiat. kamu tahu tak.. kamu dok buat maksiat hati.. kamu sedang merosakkan hati kamu dan hati kawan perempuan kamu tu sekali.. tau tak.. Jangan dekati mendekati zina... Jelas dalam Al-quran...Takkan itu pun kak nak terang kot... kamu mesti tau...kan "Bidasku lagi tanpa memberi ruang pada adikku.
Tiba-tiba... dalam kereta...Adikku bagai diserang histeria.. berteriak dalam kereta... "YA ALLAH... aku bertaubat... aku takkan buat dah... Ampunkan aku...Kak adik minta maaf... Terima kasih sedarkan adik.." "Ya Allah... terima kasih kerana sayangkan aku lagi...." katanya tak henti-henti. Aku hanya tersengeh melihat reaksinya... "Kak apa yang adik harus buat sekarang" "Laaa, tu pun nak tanya, Kak yakin adik tau apa yang harus adik buat... tepuk dada tanya iman" " Yaa. adik akan bertaubat... dan buang semua perkara-perkara maksiat tu dari diri adik..".

YA ALLAH... imannya masih utuh... Sesungguhnya Hanya Engkau yang berhak memegang hati-hati kami". Setelah 2 minggu di asrama adikku pulang, perangainya macam biasa masih lagi banyak cakap dan suka mengusik semua orang dalam rumah.. cuma malam itu, "Kak jom kita keluar jap.. Jom... sahutku"

Dalam perjalanan... adikku hanya mendiamkan diri... Aku yang banyak bercakap... biasalah... perempuan.. Aku suka bertazkirah dengannya...kali ini aku ceritakan tentang kisah Khalid Al-Walid dan Salahuddin Al-Ayubi..maklumlah... baru tamat baca novel karya tentang perjuangan dua pahlawan Islam ini.

Tiba-tiba... "kak adik rasa adik........" "Apa? kak tak dengar... cakap kuat sikit..." " issh kak ni... dah la susah adik nak meluahkan.. tak dengar la pulak.. adik dah tak dak apa-apa dengan Maizatul.. adik cerita kat dia kisah cinta babi tu... dia pun cakap dia pun rasa menyesal... takut ALLAH marah... So kami la ni.. jadi schoolmate ja... dah tak dak apa-apa lagi dah" katanya sayu. "Alhamdulillah.... adik kak dah sedar..." So apa yang adik rasa sekarang? Adik kena... sabar... nak buang perkara-perkara mazmumah ni... memang kena kuat.." pujukku.

"sekarang ni adik rasa tenang... adik study pun cepat masuk.. senang ingat.. mudah menghafal.. kalau dulu asyik teringat dan rindu kat dia..... maizatul pun bagitau dia pun lebih tenang dan fokus dalam study kak..." adiiku membalas. " Itulah... kalau hati kita bersih... semua ilmu mudah masuk".. Ok kak harap adik dengan Maizatul berubah dan peganglah ISLAM dalam setiap keadaan dan sebelum nak buat apa-apa letak ISLAM tu kat depan, kalau ISLAM tak bagi buat jangan buat... Ingat tu.."


"Baik kak.. adik harap adik akan jadi orang berguna untuk agama"...

"InsyaALLAH... boleh... kak yakin.. yang penting letak diri kita dalam perjuangan dan beradalah bersama-sama dengan jemaah..sesungguhnya jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab... "kataku mengakhiri perbualan kami.. sebab dah sampai ke destinasi yang dituju...



~Hidup mulia dengan ISLAM~

No comments: