
Programnya berbentuk riadah dan santai bertempat di Hutan Lipur Cherok To'kun. Diketuai oleh saudara Abu Salman sebagai sebagai ketua Moderator, dibantu oleh Helmi, Ahmad Sabree, Ishak, Syabani, Mashitah, Sakinah, Fadhilah,Fairuz dan saya sendiri. Oh ya, Makcik-makcik dan pakcik-pakcik kampung Tasek Junjong pun turut membantu.. Syukran...
Aktiviti bermula dengan Treasure Hunt dengan 9 check point,kesian penat adik-adik peserta.. yang berumur dari 15 hingga 17 tahun. Macam-macam yang terjadi, hilang barang amanah, diperdaya oleh fasi dan macam-macam lagi... apepun setiap aktiviti di check point sememangnya mempunyai objektif tertentu.. dan alhamdulillah adik-adik dapat menyelesaikannya dengan baik.
Program yang hanya satu hari ini, diteruskan dengan slot motivasi tentang realiti remaja Islam oleh Ustaz Nazrul lulusan Al-Azhar. Adik-adik ni nampak sedikit bosan pada awalnya, namun nasib si ustaz bijak menarik perhatian mereka dengan pelbagai video klip yang menarik.. Hai adik2, memang perkara kebaikan itu, membosankan bagi mereka yang cintakan dunia.. harap2 kamu semua diselamatkan olehNYA.


Penat juga nak handle adik2 ni.. maklumlah semuanya kaki rempit, kaki lepak.. namun jika kita pandai memancing hati mereka.. mereka boleh menerima semua aktiviti dengan baik..
Sebenarnya program ini bertujuan untuk menarik anak-anak muda ke masjid dan menjadi syabab yang berakhlak mulia.. Tentang batasan pergaulan dan aurat diajar kepada mereka.. Masing-masing tersipu-sipu malu... akur dengan kesilapan masing-masing... ditambah pula dengan slot langkah pejuang oleh ustaz Nazrul... Ada juga yang sampai sebak dan mengalirkan air mata.. terkesan dengan soalan-soalan terjah ustaz.

Saya berharap adik2 yang terlibat dapat membuat perubahan pada diri masing-masing... Jadilah anak yang soleh dan bantu agama... Bagi yang nak PMR dan SPM... selamat maju jaya.....
Buat sahabat2 fasi yang baru kenal, semoga ukhwah kita berkekalan... ada rezeki kita jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment