Monday, July 7, 2008

Mahasiswa daei.. bijakkah anda?

Mahasiswa kampus sememangnya mempunyai pelbagai tanggungjawab apabila bergelar pelajar universiti.Tanggungjawab yang sedia ada mungkin bertambah apabila mahasiswa melibatkan diri dengan gerak kerja kelab dan persatuan serta meletakkan diri sebagai daie' kecil untuk masyarakat kampus. Pelbagai tugasan, gerak kerja dan program harus disiapkan dan dihadiri, Kemungkinan besar sedikit sebanyak jadual hidup yang teratur akan jadi kelam-kabut jika tidak diurus dengan bijak.

Walaupun mahasiswa-mahasiswa daei ini sedar akan kesibukan dirinya dengan pelbagai amanah, namun ada di antara mereka kadang kala lupa untuk mengurus dan membetulkan keadaan hidup mereka yang kucar-kacir. Bukan semua yang berjaya menghadapi situasi realiti menjadi pemimpin yang berkepimpinan.

Mahasiswa yang excellent dengan gerak kerja, kencang mengendalikan program, mantap berperanan sebagai moderator, hebat dalam hujahnya, memang layak digelar seorang yang berkepimpinan namun tidak terpimpin jika dilihat dari sudut yang tersirat. Mereka ini gagal dalam proses menguruskan kehidupan . Makan minumnya tidak terjaga, kesihatan tidak diambil tahu, pakaian, personaliti dan imej diri serta tempat tinggal terabai tanpa usaha memperbaiki.

Gejala ini bukanlah suatu yang patut dibanggakan tetapi disesali. Mereka yang aktif di kampus sepatutnya menjadi contoh pada yang lain, agar dapat menyuntik semangat kepada yang kurang aktif untuk turut sama -sama berubah menjadi aktif dan membuatkan kehidupan mereka lebih bermakna dan berfaedah.

Jika kita mahasiswa daei yang aktif ini lemah dari sudut pengurusan diri dan juga lemah dari sudut pengurusan akademik, bagaimana agaknya kita boleh menjadi contoh dan sekaligus menjadi daei yang bijak dalam uslub dakwahnya. Realiti masyarakat kampus hari ini, memandang bukan hanya dari sudut hebat berhujah, kehebatan dari sudut ilmu agama, mantap berprogram dan bergerak kerja, tapi nilaian utama adalah pada akademik, pengurusan hidup, dan hubungan sosial. Inilah realiti yang harus diterima oleh mahasiswa daei. Jika mahasiswa daei ini menganggap faktor ini hanya faktor sampingan, mereka sudah tersalah duga.

Sebagai daei, kita harus bijak meletakkan diri kita agar seimbang dan relevan dengan situasi yang ada. Hari ini, daei perlu bertindak excellent dan intelligent serta mengetahui keperluan warga kampus disamping menarik mereka kembali kepada ISLAM. Jangan kerana kita mahasiawa daei ini, tersalah aturan, akhirnya ISLAM yang kita cintai menjadi mangsa FITNAH manusia yang jahil walaupun mengaku ISLAM.

APA PERLU KITA BUAT?
- Perbaiki hubungan dengan ALLAH dan makhlukNYA.
- Perbaiki mutu pembelajaran dan penuhi hak-hak sebagai penuntut.
- Perbaiki pengurusan hidup. Tunaikan hak pada diri(kesihatan, pakaian,
keselesaan tempot tinggal).
- Bersifat profesional (Bezakan apa yang HALAL, diharuskan, wajib, dan HARAM). ISLAM itu
syumul dan mudah, AWAS dengan tindakan ANDA yang jumud profesional.
- Bertindak dengan bijak dalam setiap keadaan.
- Thinking out of the box...barulah anda layak digelar budak bijak.
- Bersifat rasional.
- Sediakan list untuk pengurusan diri (belajar urus masa dengan cekap).
- Selalu mandi untuk kesegaran pada badan dan otak. (Minda yang segar membantu
menghasilkan keputusan yang baik).
- Jangan mesyuarat terlalu lama.
- Jangan malas tukar pakaian (1 hari= 1 pakaian). JAGA KEBERSIHAN DIRI.
- Menghayati Al-Quran, dan SIRAH sebagai panduan.

APA YANG TAK PERLU KITA BUAT?

-Jadikan tanggungjawab akademik perkara terakhir diselesaikan dalam list pengurusan diri membazir masa ( makan berjemaah dan borak berjemaah hingga berjam-jam)

-Banyak tidur

-Membuang slogan yang telah di 'mindset'kan "gerak kerja no. 1, akademik dan pengurusan -hidup no.2"( seiring sebenarnya).

-Banyak makan

-Malas untuk menghadiri kuliah.

-Tidak profesional dalam hubungan sesama masyarakat kampus (bersifat jumud)

-Aspek kebersihan tidak dititikberatkan. (Pakaian tak berbasuh, bilik bersepah,Locker baju- berselerak, meja tulis berterabur,toilet kotor).JANGAN JADI SAHABAT SYAITAN.

-Lupakan hak pada ALLAH dan makhlukNYA.

Adakah kita mahasiswa daei berhadapan dengan 8 masalah ini? Tepuk dada tanya iman.. Saya sendiri pernah berhadapan dengan cabaran ini. Sedikit sebanyak terkena juga batang hidung sendiri. Mungkin ini adalah ujian buat mereka yang bergelar mahasiswa daei. Mampu atau tidak kita menghadapinya? Jawapan ada pada diri kita masing-masing. Apa yang diharapkan mereka yang masih lagi bergelar mahasiswa daei, bersedia berubah untuk Kemenangan ISLAM.


"Org gagal suka berbincang mengenai org lain. Org sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yg berlaku di sekitarnya. Org cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yg dpt mengubah dirinya atau mengubah dunia!"




Hidup mulia dengan ISLAM~

No comments: