Wednesday, August 20, 2008

SEGALANYA SUDAH BERAKHIR

ALHAMDULILLAH...pejam celik dah cukup 3 bulan saya menjalani latihan industri di sebuah syarikat 'Mechanical'. Dari bidang elektrik robot akhirnya meloncat ke bidang yang baru dan mencabar. Menarik juga bidang mekanikal ni.. Hanya tiga bulan tempoh yang diberikan untuk mengenalinya dan masa itu nampaknya sudah berakhir. Namun mungkin masih ada peluang bagiku untuk lebih mengenali bidang ALLAH yang satu ini

Ya ALLAH.. terlalu banyak cabaran yang aku tempuhi dalam tempoh praktikal. Suka duka silih berganti, namun syukur dan ucapan terima kasih ya ALLAH di atas segala kekuatan dan pertolongan yang Engkau curahkan

Apa yang aku pelajari?

Bukan senang bila berada di alam kerjaya, berhadapan dengan pelbagai fitnah dan cabaran.
Kebergantungan sepenuhnya pada ALLAH.. aku tahu sebelum ini tentang keperluan itu, namun sekarang aku amat memerlukannya.Wah, time ni kene bijak merancang pengurusan diri untuk kerja, jemaah dan lain-lain.Pengurusan kewangan.. ya sudah pasti.. jangan boros...

Doaku agar Engkau terus memayungi semua teman-teman sekerja yang seagama.
Peliharalah mereka, berkati dan rahmati lah mereka ya ALLAH.
Buat yang bukan ISLAM, thanks alot. Nice moment in 3 months.


~Hidup mulia dengan ISLAM~

No comments: