Tuesday, June 24, 2008

Mari kita perbaiki akhlak



"Islam itu indah"... kalau nak tahu.. rugi kalau tak rebut peluang....

"memang pun.. saya ada niat nak mendalami agama kita, banyak lagi tak tahu... cuma tak tahu nak mula macam mana".. umur pun makin meningkat..malulah.. pasal agama apa pun tak tahu"rizal tiba-tiba bersuara..

"aaahh la....rumah kata pergi, kubur kata mari" akak dengan suami jahil, macam mana nak didik anak-anak.. sejuk hati akak jika anak-anak akak nanti bila besar jadi muslimah yang terpelihara"...kak Ani pulak menambah... matanya tiba-tiba nampak berkaca.. itulah isi hati seorang ibu.. Alhamdulillah.. YA ALLAH... sesungguhnya kau berhak ke atas setiap hati manusia.. bukakanlah pintu hati mereka..AMIN..
Aku rasa ini adalah satu nikmat yang cukup bermakna, rakan-rakan sekerja mula berkongsi isi hati ingin membuat perubahan diri..aku rasa bersyukur.. mudah-mudahan dengan peluangku bekerja disini, dapatlah aku membantu mereka serba sedikit untuk mengenal ilmu ALLAH. alahai aku pun masih diperingkat pembentukan.

Cuma diawal waktu bermulanya bekerja, timbul soal kekeliruan pada diriku. Ada rakan sekerja yang tiba-tiba menyatakan beliau begitu tertarik dengan pemakaian dan adabku sebagai seorang wanita Islam. Rasa bangga sebagai seorang muslim, bila ada yang menyatakan wanita itu cukup berharga dan tinggi maruahnya jika dirinya dipelihara dengan pakaian dan akhlak Islam. Itulah Islam, satu-satunya agama yang mengangkat tinggi martabat seorang wanita. Tapi tiba-tiba jadi keliru bila ada yang tiba-tiba memuji-muji tentang diriku hingga jadi aku rasa diriku sudah jadi fitnah." awak walaupun tutup aurat masih cantik, akhlak awak yang baik.. awak ni umpama satu dalam sejuta.."...YA Allah, aku bersalah ke? Pakaianku, akhlak ku. Tabarruj? Ye ke?Jauh panggang dari api. Ya Allah, beri aku kekuatan menghadapi ujianMu ini"

Alhamdulillah, akhirnya, aku bersemuka dengan mereka untuk merasionalkan keadaan. Mereka mudah menerima, hati mereka terketuk.. masih ada iman..malah yang lagi best ada yang nak belajar agama. Menarik tu... awak jadilah ustazah kami.. senang sikit.. Opps, bagi yang muslimin aku kata tak sesuailah kalau aku nak jadi cikgunya, apa salahnya... cuba-cubalah dekati masjid mungkin ada banyak ilmu yang akan diperolehi dari majlis-majlis ilmu. "Kami pergi... tapi kadang-kadang.. takper lepas ni kami cuba istii, istii... aper tu perkataannya.. aa istiqamah..macam awak selalu sebut tu". Muslimatnya pula, setakat ni adalah kesempatan mengadakan usrah secara tak langsung waktu time rehat dan bertukar-tukar bahan bacaan ilmiah.

Moga-moga rakan-rakanku yang baru ini, ikhlas niatnya untuk melakukan satu penghijrahan pada diri dan kehidupan masing-masing.. bukan kerana terpengaruh dengan suasana semasa. Ya Allah, berilah hidayah dan petunjukMU pada mereka. Mudah-mudahan mereka menjadi hambaMU yang soleh. YA ALLAH.. berkati aku sekali.. Semua sahabat-sahabatku, muslimin dan muslimat, yang hidup mahupun yang mati.. AMIN.

Ini adalah antara satu luahan rasa yang saya ambil dari satu penulisan tentang realiti yang terdapat di alam kerjaya... agak-agak nanti kita semua macam mana bila meniti alam kerjaya? mungkin ada yang akan berhadapan dengan suasana yang tenang ataupun sebaliknya.. saya yang sedang merasai alam praktikal tiga bulan pun kadang kala berhadapan dengan situasi yang mencabar.. harap-harap adalah sedikit sumbangan untuk ISLAM....ANDA pula bagaimana?

Bila difikirkan, lebih besar peranan kita sebagai daie' bila ditempat kerja berbanding kampus. Kalau dikampus, belambak-lambak.. kelas agama .. nak dengan taknak saja.. Di dunia kerjaya, Kita pasti akan berhadapan dengan mereka yang tidak berpeluang mengenal ilmu allah, keluar bekerja fajar tak terbit lagi, balik kerja bulan jadi teman. Penat seharian. Bukan taknak belajar katanya, tapi tak tahu yang belajar agama itu fardhu ain, cukup puasa, solat, kalau tinggal apalagi qada' jer. Mungkin juga tidak ada saluran, tak tahu macam mana nak mula atau memang malas nak ambil tahu. Apapun tugas kitalah untuk menyedarkan mereka. Sebagai daie' diri kita ibarat contoh pada yang lain. Setiap perlakuan, percakapan malah setiap tindakan kita akan dilihat dan dinilai oleh mereka yang berada disekeliling kita.

Betapa tingginya nilai akhlak, manusia boleh lembut hatinya hanya dengan peribadi yang mulia tanpa perlu kepada bicara yang manis. Itulah antara yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w ketika Baginda menyampaikan Islam. Sesungguhnya kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
kemuliaan akhlak".

Selain itu, akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda:Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Ingatlah saudaraku, perbaikilah akhlakmu.. untuk kebaikan agama, dan dirimu sendiri...



Hidup mulia dengan ISLAM!!

akhirnya.. misi terlaksana


ALHAMDULILLAH... Segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekelian alam.. di atas segala nikmat yang tak terhingga... rasa syukur dipanjatkan pada ilahi... akhirnya terhasil sebuah blog untuk diri sendiri... kalau dulu... blog sahabat sahabiah jadi tempat berkongsi ilmu, namun sekarang peluang dibuka untuk diri ini berkongsi ilmu dengan hamba-hambaNYA. mudahan dengan penghasilan blog ini akan menjana satu perubahan diri kearah yang lebih terpelihara dan istiqamah bersama ISLAM.. moga perkongsian antara kita dapat memberikan sesuatu yang lebih bermakna dan indah...