Wednesday, August 20, 2008

SEGALANYA SUDAH BERAKHIR

ALHAMDULILLAH...pejam celik dah cukup 3 bulan saya menjalani latihan industri di sebuah syarikat 'Mechanical'. Dari bidang elektrik robot akhirnya meloncat ke bidang yang baru dan mencabar. Menarik juga bidang mekanikal ni.. Hanya tiga bulan tempoh yang diberikan untuk mengenalinya dan masa itu nampaknya sudah berakhir. Namun mungkin masih ada peluang bagiku untuk lebih mengenali bidang ALLAH yang satu ini

Ya ALLAH.. terlalu banyak cabaran yang aku tempuhi dalam tempoh praktikal. Suka duka silih berganti, namun syukur dan ucapan terima kasih ya ALLAH di atas segala kekuatan dan pertolongan yang Engkau curahkan

Apa yang aku pelajari?

Bukan senang bila berada di alam kerjaya, berhadapan dengan pelbagai fitnah dan cabaran.
Kebergantungan sepenuhnya pada ALLAH.. aku tahu sebelum ini tentang keperluan itu, namun sekarang aku amat memerlukannya.Wah, time ni kene bijak merancang pengurusan diri untuk kerja, jemaah dan lain-lain.Pengurusan kewangan.. ya sudah pasti.. jangan boros...

Doaku agar Engkau terus memayungi semua teman-teman sekerja yang seagama.
Peliharalah mereka, berkati dan rahmati lah mereka ya ALLAH.
Buat yang bukan ISLAM, thanks alot. Nice moment in 3 months.


~Hidup mulia dengan ISLAM~

Friday, July 25, 2008

Fikir sejenak?

Fikir sejenak?

-Bagaimana keadaan negaraku yang sedang kucar-kacir sekarang?

-Apa tindakan kepimpinan negara mengatasi kesulitan yang ada ini?

-Apa pandangan aku terhadap pemimpin-pemimpin negaraku?

Aku tiba-tiba rasa tersedar dari tidur apabila menatap kisah-kisah suka duka negaraku Malaysia yang sememangnya sedang kucar-kacir dan sedang diracuni barah kehancuran secara perlahan-lahan. Setiap hari aku dihidangkan dengan pelbagai kes-kes baru untuk ditatap. Selalunya setiap kes ini pasti akan dibincang hingga bertahun-tahun, dan akhirnya rakyat rasa muak dan kes tersebut akan diam begitu sahaja.

Dari pelbagai sumber yang aku dapat, seolah segala-gala yang berlaku seperti dirancang. Kemungkinan komplot sesuatu pihak untuk menjatuhkan pihak yang tidak digemari sebagai mangsa dengan menggunakan pihak lain pula yang diumpan sebagai pemangsa. Agak pening bila difikirkan namun itulah realitinya, Malaysia sedang berhadapan dengan masalah dalaman.

Kecilkan skop

Fikirkan sejenak?

-Bagaimana aku menguruskan tanzim kecilku?

-Apa tindakan aku sebagai kepimpinan untuk selesaikan masalah dalaman tanzim kecilku?

-Apa pandangan ahli bawahan terhadap kepimpinan?

-Apa yang aku inginkan sebenarnya dalam perjuanganku?

-Apa yang sedang aku lakukan?

Dari sudut tertentu, aku mungkin pernah berada dalam situasi kepimipinan serta memimpin halatuju sesebuah organisasi. Adakah organisasiku berada dalam keadaan yang stabil atau dalam keadaan tidak terurus? Kenapa perkara ini terjadi? Mungkin disebabkan mehnah yang melanda? Pihak pentadbiran terus menggasak perjuangan kami? Atau kerana sikap aku sendiri?

Aku nak ajak korang sama-sama fikir? Mengapa organisasi yang kita pimpin berada dalam keadaan yang lemah dan ahlinya yang lemau? Bagi pendapat peribadi aku, bukan dek kerana faktor tujahan luaran yang menyekat pergerakan organisasi walaupun ada kebenarannya tetapi faktor dalaman yang bersifat barah.

Mengapa begitu kenyataannya? Faktor dalaman antara penyumbang terbesar kepada kemusnahan sesebuah organisasi. Jika pemimipin-pemimpin yang menjadi tonggak tanzim gagal mengemudi organisasi, alamatnya gagallah sebuah kepimpinan dan hancurlah sebuah perjuangan.

Jom aku bawa korang renung satu analogi yang berkaitan. Bagi sebuah keretapi, bahagian utamanya adalah kepala gerabak keretapi yang berada dihadapan gerabak-gerabak yang lain dan akan ada seorang pemandu lokomotif yang mengendalikan pergerakan keretapi mesti berada di dalam kepala gerabak supaya dapat mengetahui bentuk landasan yang dilalui. Maka apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah, pergerakan keretapi yang baik bergantung kepada kelancaran kepala gerabak keretapi yang melalui landasan terlebih dahulu (dikendalikan oleh pemandu.) Jika gerabak paling hadapan tergelincir dari landasan, maka tidak mustahil gerabak yang dibelakang akan turut tergelincir. Satu analogi lain yang paling jelas yang aku dan korang boleh lihat ialah sistem tubuh badan tidak akan dapat berfungsi jika sistem otak sendiri gagal berfungsi.

Maka tanzim kepimpinan sesebuah organisasi harus mengemudi tanzim dengan baik walaupun ada kalanya kita akan berhadapan dengan cabaran ahli yang memberontak dan sebagainya. Apapun sikap pemimpin adalah antara faktor terpenting yang harus diambil kira. Satu persoalan yang ingin dilontarkan disini, adakah aku pemimpin yang bersifat seperti dibawah?

-Aku tidak dapat mengawal emosi
-Aku mengambil keputusan terburu-buru (ada unsur emosi)
-Aku kurang menghormati pandangan ahli bawahan
-Aku terlalu banyak bercakap sehingga tidak memberi ruang kepada yang lain bersuara
-Aku jauh dari ALLAH sebenarnya
-Aku tidak bersikap profesional sehingga menganggu gerak kerja (jumud
dalam erti iktilat sebenar)
-Aku kurang membaca dan mengkaji
-Aku Kurang membuat pemerhatian dan bertukar-tukar pendapat
-Aku bersifat diktator cuma aku tak sedar
-Aku suka bertelagah
-Aku memandang tinggi diri sendiri Cuma aku tak sedar
-Aku tidak berbaik sangka sesama ahli Cuma aku tak sedar

Terlalu banyak sifat yang harus aku perbaiki. Hakikat sesebuah kepimpinan, ketua harus menguasai pengurusan organisasi tersebut. Sebagai ketua, aku mungkin mempunyai terlalu banyak idea dan pengetahuan berbanding yang lain. namun jika aku bersifat terlalu menguasai, ia bukanlah perkara yang baik dalam pengurusan sesebuah kepimpinan. Sebagai seorang ketua, aku harus meraikan pendapat orang bawahan terlebih dahulu apabila berbincang dan bukannya menjadi 'first speaker' bila setiap agenda yang baru dibentangkan. Jadilah pendengar yang baik namun setiap yang didengari harus dikaji dan dinilai sebelum dijadikan keputusan. Bayangkanlah, jika sebagai presiden dan timbalan presiden, aku terlalu banyak bercakap tanpa memberi ruang kepada yang dibawah, sedikit sebanyak aku akan membunuh daya keyakinan mereka untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. selain itu, aku juga akan membunuh daya kreatif pemikiran mereka kerana, hanya idea aku sahaja yang didengari setiap kali bermesyuarat. Jika aku adalah seorang ketua yang terlalu menguasai, sudah pasti banyak keputusan yang diambil berdasarkan apa yang aku sendiri cadangkan. Jadi nilai kembali diriku, adakah aku bersikap sedemikian?

Selain itu sebagai seorang kepimpinan, aku harus belajar dan mentafsir dari pengalaman. Aku perlu belajar mengkaji bentuk-bentuk kepemimpinan yang lalu memimpin, tapi aku tidak boleh bersifat stereotaip sahaja. Ada yang boleh aku ambil dari kepimpinan yang lepas namun aku harus mengolah agar sesuai dengan zaman aku memimpin. Bertindaklah sebagai pemimpin yang bijak. Apa yang penting, pupuklah sifat suka membaca dan mengkaji untuk menjadikan aku lebih kreatif. Terlalu banyak kisah sirah yang boleh dikaji dan diambil sebagai contoh. Aku harus berani untuk berubah dan mengubah. Aku boleh, jika aku ingin membina sejarah sendiri, namun biarlah ia sejarah yang baik untuk dikaji.

‘Tak susah untuk menjadi pemimpin dan tak susah untuk memimpin jika aku memberi ruang untuk diri aku bernafas dengan baik dan secara teratur’…. “Beri peluang kepada dirimu menjadi yang terbaik pada zamanmu"…

~Hidup mulia dengam ISLAM~

Monday, July 21, 2008

ART of WAR : Theory of SUN TZU

Mungkin ramai yang tidak mengenali SUN TZU. Saya pun tidak mengenalinya, namun saya kenal bukunya 'ART of WAR'. Satu pembacaan yang menarik selain kisah sirah yang begitu membuatkan saya teruja setiap kali membaca, terutama kisah perang. Tujuan kita menghayati buku-buku yang berorientasikan peperangan adalah untuk menjadikan pemikiran kita bercambah dengan idea-idea yang bernas dan menjadikan kita lebih aktif berfikir. Walaupun kita tidak berperang dalam hakikat sebenar, namun segala teorinya boleh kita olah dan kita aplikasikan dari aspek yang bertepatan dan relevan dengan bentuk-bentuk cabaran yang kita hadapi terutamanya ketika berada dalam perjuangan ISLAM yang penuh dugaan.. hidup mesti mengkaji..

ATTACK BY STRATAGEM


1. Sun Tzu said:In the practical art of war, the best thing of all is to take the enemy's country whole and intact; to shatter and destroy it is not so good. So, too, it is better to recapture an army entire than to destroy it, to capture a regiment, a detachment or a company entire than to destroy them.


2. Hence to fight and conquer in all your battles is not supreme excellence; supreme excellence consists in breaking the enemy's resistance without fighting.


3. Thus the highest form of generalship is to balk the enemy's plans; the next best is to prevent the junction of the enemy's forces; the next in order is to attack the enemy's army in the field; and the worst policy of all is to besiege walled cities.


4. The rule is, not to besiege walled cities if it can possibly be avoided. The preparation of mantlets, movable shelters, and various implements of war, will take up three whole months; and the piling up of mounds over against the walls will take three months more.


5. The general, unable to control his irritation, will launch his men to the assault like swarming ants, with the result that one-third of his men are slain, while the town still remains untaken. Such are the disastrous effects of a siege.


6. Therefore the skillful leader subdues the enemy's troops without any fighting; he captures their cities without laying siege to them; he overthrows their kingdom without lengthy operations in the field.


7. With his forces intact he will dispute the mastery of the Empire, and thus, without losing a man, his triumph will be complete. This is the method of attacking by stratagem.


8. It is the rule in war, if our forces are ten to the enemy's one, to surround him; if five to one, to attack him; if twice as numerous, to divide our army into two.


9. If equally matched, we can offer battle; if slightly inferior in numbers, we can avoid the enemy; if quite unequal in every way, we can flee from him.


10. Hence, though an obstinate fight may be made by a small force, in the end it must be captured by the larger force.


11. Now the general is the bulwark of the State; if the bulwark is complete at all points; the State will be strong; if the bulwark is defective, the State will be weak.


12. There are three ways in which a ruler can bring misfortune upon his army:


13. (1) By commanding the army to advance or to retreat, being ignorant of the fact that it cannot obey. This is called hobbling the army.


14. (2) By attempting to govern an army in the same way as he administers a kingdom, being ignorant of the conditions which obtain in an army. This causes restlessness in the soldier's minds.


15. (3) By employing the officers of his army without discrimination, through ignorance of the military principle of adaptation to circumstances. This shakes the confidence of the soldiers.


16. But when the army is restless and distrustful, trouble is sure to come from the other feudal princes. This is simply bringing anarchy into the army, and flinging victory away.


17. Thus we may know that there are five essentials for victory:


(1) He will win who knows when to fight and when not to fight.

(2) He will win who knows how to handle both superior and inferior forces.

(3) He will win whose army is animated by the same spirit throughout all its ranks.

(4) He will win who, prepared himself, waits to take the enemy unprepared.

(5) He will win who has military capacity and is not interfered with by the sovereign.


18. Hence the saying: If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.





~Hidup mulia dengan ISLAM~

Friday, July 18, 2008

MOTIVASIKAN DIRIMU

cherish your dreams and aspiritions, they are blueprint of your achievement

Tak semua orang bertuah memiliki apa yang diimpikannya, jadi apabila berjaya mendapatkan apa yang diimpikan, kita harus menghargainya dan berusaha memastikan impian kita menjadi lebih baik dan lebih baik dari apa yang diharapkan. Jom kita selidik 8 idea motivasikan diri. Pantang mengalah sebelum mencuba..

FIKIR POSITIF
Biarpun impian yang dicapai tak seindah impian, namun jangan cepat melabelkan dirimu sebagai GAGAL!. Kesannya amat buruk sekali. Sebenarnya kegagalan itu akan menjadikan seseorang itu berjaya ke akhirnya jika ia dipandang dari sudut positif. Ramai yang gagal selum menang, kenapa takut untuk gagal?
FACE IT..

BERDIKARI
Jika nak berjaya, elakkan diri dari sifat kebergantungan dengan orang lain. Setiap manusia ada kelebihan tersendiri, kamu juga TIDAK TERKECUALI. Kamu sebenarnya mampu membawa dirimu mengecapi apa yang diinginkan. Maka, kenali potensi diri dan gunakannya dengan wajar.
GO AHEAD..

FIKIR KREATIF
Dengan kreativiti yang kamu ada, tak mustahil kamu mampu melihat sesuatu yang lebih dari mata kasarmu. Kadangkala ia sukar disangka, namun ia bertambah sukar jika kamu menyempitkan fikiran dan akhirnya terhimpit, tersepit dan secara tak langsung kamu akan hilang motivasi. Untuk itu, apa tunggu lagi, belajarlah jadi kreatif untuk kamu menempa kejayaan!
DISCOVER IT..

SIKAP OPTIMIS
Langit tak selalu mendung. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat yang ALLAH berikan. Berusaha sebaik mungkin agar impian kamu tercapai.Sentiasa berfikiran positif, optimis, berlapang dada dan rasional dalam segala yang merumitkan.
JUST DO IT..

BERI SEDIKIT MASA
Nak dapat hasil tanaman yang baik, perlu gembur tanah, menyemai biji benih, menyiram menyembur racun hinggalah kita berjaya menikmati hasilnya. Namun kekadang, hasil tanaman tak begitu memuaskan apabila tanaman dimakan serangga, dirosakkan atau tak menjadi.Tetapi jangan gundah gulana kerana lambat laun kamu akan menerima hasil yang menggembirakan.
ENJOY IT..

RUJUK MATLAMAT HIDUP
Sebelum melangkah jauh, ingatkan diri terlebih dahulu, adakah kamu berada dilandasan yang betul? Jika ya, jangan tergelincir. Kamu tidak akan sesat haluan dan ikuti perancangan yang dibuat dan tingkatkan usaha.
GO FOR IT..

TINGKATKAN KEMAHIRAN
Mungkin kamu masih tidak berpuas hati dan tidak boleh berjaya, mungkin ada beberapa kemahiran lain yang masih belum kamu miliki sepenuhnya. ILMU dan KEMAHIRAN. Kamu boleh dapatkan kedua-dua sumber penting ini secara pendidikan formal dan tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat iaitu ‘pengalaman’.
LEARN IT..

FAHAMI FITRAH ALAM
Kejayaan bukan sesuatu yang mudah.Rasulullah yang berjaya menyebarkan Islam pun, pernah diuji dan ada jatuh bangunnya. Jika kamu ingin menjadi seorang yang tewas, ia amat mudah. Itulah hukum alam, senang untuk menjadi buruk. Umpama memetik jari, tetapi untuk menjadi orang berjaya banyak cabaran dan ujian perlu ditempuhi. Jadi pohonlah pertolongan dengan bersolat dan bersabar.
EVERYTHING IS BEAUTIFUL IF BECAUSE OF HIM..
p/s : Jangan sesekali lupa rujukan utama AL-QURAN dan AS-SUNNAH..

~Hidup mulia dengan ISLAM~

Thursday, July 17, 2008

PERIHAL BAITUL MUSLIM


" anti ni bagitau ustaz betul-betul, anti betul ke nak berkahwin dengan dia?"." kalau tak nak, bagitahu... kan senang, ustaz boleh jer carikan muslimat lain untuk dia.. ramai lagi yang menunggu...". Ustazah yang sentiasa disisi ustaz mengangguk tanda bersetuju dengan gertakan suaminya.


"ana bukan tak nak cepat-cepat ustaz, ana selalu berdoa mohon urusan ana ni dipermudahkan, cuma keluarga ana tak izinkan dalam waktu sekarang". "Ana dah pujuk ustaz, allah belum lembutkan hati keluarga ana buat masa sekarang... macam-macam alasan ana terima dari keluarga ana"..." Ustaz, ana buntu sekarang.. ana tak bermaksud nak menyeksa si dia, bahkan ana turut merasa bersalah jika si dia berhadapan dengan cabaran yang besar ustaz... Ana nak jaga iman ana, ana juga tak mahu iman si dia tercalar ustaz... apa harus ana buat?"


" Hanya allah yang memegang hati setiap hambaNYA dan DIA yang berhak mengubah hati hambaNYA"

Begini...

"Kamu berdua perlu buat solat hajat secara serentak... khusus untuk lembutkan hati keluarga antum.."..."Macam mana tu ustaz... serentak?

"Antum berdua perlu sepakat bila nak buat solat hajat tu.. Tapi biarlah sepertiga malam... pastikan solat tu dijalankan serentak.. dan dengan niat serta berdoa atas tujuan yang sama"....

" Abih tu, jika ana bangun tapi kalau si dia tak bangun macam mane? "

"Anti pada keadaan yang sebegini, kedua-dua belah pihak dibolehkan untuk menghubungi antara satu sama lain.. Anti boleh call si dia kejutkan dia bangun dan bersiap untuk solat hajat..."
"Ustaz, boleh ker.. kejut-kejut bangun tidur ni bukan tak boleh ker..."." Anti perlu faham..
tujuan solat tersebut dibuat secara serentak bagi memohon pertolongan kepada Allah dengan niat yang sama oleh kedua-dua pasangan agar urusan membina masjid dipermudahkan.."

"InsyaALLAH, pasangan-pasangan yang sebelum ini pun diuji dengan ujian keluarga, akhirnya dapat bersatu... Mudah-mudahan antum berdua juga dipermudahkan urusan...".

"Berapa lama nak buat solat hajat ni ustaz?". ..."Solat hajat ni perlu dibuat 7 kali berturut-turut... jika tertinggal.. kena ulang balik.... dan sepanjang dalam tempoh solat hajat... kedua-dua pasangan tak dibenarkan bercakap mengenai pasangan masing-masing dengan kedua-dua belah keluarga.. segala proses pujuk-memujuk perlu dihentikan seketika.."

"Emmmm macam tu ustaz...". " Hanya selepas selesai kesemua solat hajat barulah antum.. tanya keluarga antum secara baik.. mungkin ada perubahan positif... jika masih tak ada... ulangi lagi proses solat hajat.... mudah-mudahan kedua-dua keluarga lembut hati..."

Ini merupakan antara kisah yang sempat saya kutip dari kisah sahabat dalam siri kehidupan saya.. begitu indah saluran BAITUL MUSLIM..Walaupun agak sedih kisah yang kita baca sebentar tadi.. tapi itulah realiti yang ada.. bak kata kakak angkat saya" bukan senang nak dapat sesuatu yang baik.. Allah pasti uji.., namun sifat kebergantungan kepadaNYA dan bersabar pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk diraih.

BAITUL MUSLIM merupakan satu kewajipan bagi kita pendokong agamaNYA. Bermula dari proses taaruf kita beriltizam untuk menjaga segala bentuk hubungan dengan pasangan kita kerana dari situlah penilaian pasti diambil kira oleh ALLAH untuk mengurniakan kita zuriat yang soleh atau tidak. Jika akhlak perhubungan bermula dari proses mentakdim hinggalah ke alam perkahwinan dijaga, insyaALLAH berakhlak mulia lah jua zuriat yang bakal dianugerahkan nanti.

Mungkin agak keliru bila kedua-dua pasangan dibenarkan menghubungi antara satu sama lain untuk sama-sama bangun menunaikan solat hajat, sedangkan kita acap kali dilarang untuk berSMS tazkirah, Miscall2 bangun qiam dengan spesis berlainan jantina, tapi bagaimana pula halnya dengan kes yang disebut di atas? Pada ketika ini, dibolehkan, kerana ia merupakan satu cara untuk kedua-dua pasangan yang berhadapan dengan tekanan keluarga agar dapat berhubung terus dengan ALLAH secara serentak bagi memohon dipermudahkan segala urusan.

InsyaALLAH segala yang baik akan diperkenankan..AMIN..

Moga-moga setiap pasangan yang telah melalui BAITUL MUSLIM akan dipermudahkan urusan. Kepada para ibu dan bapa, bukalah mata, luaskan minda. Pandanglah dengan mata hati yang beriman... anakmu yang memohon disatukan dengan srikandi/mujahid ISLAM bukanlah kerana nafsu tetapi kerana tuntutan ibadah.. Ia suatu yang mulia. Ibu dan ayah, anda patut bersyukur anak-anakmu tidak memilih untuk menjalinkan hubungan seperti trend sekarang yang mengharamkan apa yang halal. Adakah hubungan yang suci lagi terjaga ini, anda anggap suatu yang pelik lagi jelik?

Jangan jadi ibu dan ayah yang ingin meruntuhkan masjid yang dibina atas ikatan akidah dan perjuangan. Pilihlah mereka yang bakal menjadi sebagaian dari keluargamu dari golongan yang beriman dan beramal soleh. Bukan nilaian utama pada kebendaan dan rupa paras kerana hanya AGAMA yang dapat menyelamat, membahagiakan dan memberi kesenangan kepada anakmu dunia dan akhirat, bukan kebendaan yang merupakan tipu daya dunia.

p/s : sumber diperolehi dari unit Baitul Muslim Negeri

~Hidup mulia dengan ISLAM~

Wednesday, July 16, 2008

AYAH YANG PERGI


ayah..
baru seketika kita mengenali
baru seketika kita mesra
seketika itulah kita berpisah
ayah..
baru seketika kau dipanggil ayah
baru seketika aku diungkap anak
baru seketika kita berbicara
seketika itulah kita berpisah

ayah..
baru seketika aku memelukmu
baru seketika aku mengucup pipimu
baru seketika aku mengusap rambutmu
seketika itulah kita berpisah

ayah..
baru seketika aku melihatmu
baru seketika aku cium tanganmu
baru seketika kau bersuara
seketika itulah kita berpisah

ayah..
hanya sekali suapan sayang
aku mengasihimu
hanya sekali usapan kasih
aku merinduimu
hanya sekali ciuman rindu
aku mengingatimu
hanya sekali itulah
aku rasai nikmat terakhir
hanya sekali itulah
aku rasai tanggungjawab anak terpinggir

ayah..
mungkin aku berdosa
mungkin aku bersalah
dalam pertemuan kita
ku doakan kau bahagia
moga kita bertemu disana..







~Hidup mulia dengan ISLAM~

jelajah karaktermu mengikut bulan kelahiran...

JANUARI

· bercita-cita tinggi dan orangnya serius
· suka mendidik dan dididik
· sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
· rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
· suka smart, kemas dan teratur
· bersifat sensitif, berfikiran mendalam
· pandai mengambil hati org lain
· pendiam kecuali telah dirangsang
· agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
· mudah mendisiplinkan diri sendiri
· badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
· bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
· cukup sayang pd kanak-kanak
· suka duduk rumah
· setia pada segala-galanya
· perlu belajar kemahiran social
· cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

· berfikiran abstrak
· sukakan benda yang realiti dan abstrak
· inteligent, bijak dan genius
· berpesonaliti yg mudah berubah
· mudah menawan org lain
· agak pendiam
. Pemalu dan rendah diri
· jujur dan setia pd segalanya
· keras hati untuk mencapai matlamat
· tidak suka dikongkong
· mudah memberontak apabila dikongkong
· suka kegiatan yg lasak
· emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
· mudah mempamerkan marahnya
· tidak suka benda yg remeh-temeh
· suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
· sangat berani dan suka memberontak
· bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
· pemerhatian yg tajam
· suka hiburan dan sukan
· suka benda yg bersifat seni
· sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
· berkecenderungan pd benda yg tahyul
· amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
· belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

· berpesonaliti yg menarik dan menawan
· mudah didampingi
· sgt pemalu dan pemendam rasa
· sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
· sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
· suka pada kedamaian
· sgt peka kepada orang lain
· sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
· tidak cepat marah dan sangat amanah
· tahu balas budi dan tahu kenang budi
· pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
· kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
· suka berangan-angan
· suka melancong
· sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
· kelam kabut dalam memilih pasangan
· suka dgn hiasan rumahtangga
· punya bakat seni dalalm bidang muzik
· kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
· jgn terlalu moody

APRIL

· sgt aktif dan dinamik
· cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
· sgt menarik dan pandai manjakan diri
· punya daya mental yg sangat kuat
· suka diberi perhatian
· sgt diplomatik (pandai memujuk )
. berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
· sgt berani dan tiada perasaan takut
· suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
· emosi cepat terusik
· try control try emotion
· kecenderungan bersifat dendam
· agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
· kuat daya ingatan
· gerak hati yg sangat kuat
· pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
· berpenyakit disekitar kepala dan dada
· sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

· kekerasan hati & degil
· kuat semangat & bermotivasi tinggi
· pemikiran yg tajam
· mudah marah apabila tidak dikawal
· pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
· perasaan yg amat mendalam
· cantik dr segi mental & fizikal
· tidak perlu dimotivasikan
· tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
· mudah dipujuk
· bersikap sistematik (otak kiri)
· suka berangan
· kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
· bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
· daya khayalan yg tinggi
· permikiran yg tajam
· pandai berdebat
· fizikal yg baik
· kelemahan sistem pernafasan
· suka sastera,seni & muzik serta melancong
· tidak berapa suka duduk dirumah
· tidak boleh duduk diam
· tidak punya ramai anak
· rajin dan bersemangat tinggi
· agak boros

JUN

· berfikiran jauh & berwawasan
· mudah ditawan kerana sikap baik
· berperangai yg lemah lembut
· mudah berubah sikap,perangai, idea @mood
· idea yg terlalu banyak dikepala
· bersikap sensitif
· otaknya aktif (sentiasa berfikir)
· sukar melakukan sesuatu dgn segera
· bersikap suka bertangguh
· bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
· cepat marah & cepat sejuk
· suka bercakap & berdebat
· suka buat lawak & bergurau
· otaknya cerdas berangan-angan
· mudah berkawan & pandai berkawan
· org yg sangat tertib
· pandai mempamerkan sikap
· mudah kecil hati
· mudah kena selsema
· suka berkemas
· cepat rasa bosan
· sikap terlalu memilih & cerewet
· kurang mempamerkan perasaan
· lambat nak sembuh apabila terluka hat
· suka kepada barang yang berjenama
· mudah menjadi eksekutif
· kedegilan yg tidak terkawal
· sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI

. Sangat seronok didamping
· Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
· Agak pendiam kecuali diransang
· Ada harga dan maruah diri
· Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
· Mudah dipujuk dan bercakap lurus
· Sangat menjaga hati orang lain
· Sangat peramah
· Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
· Berjiwa sentimental
· jarang berdendam
· mudah memaafkan tapi sukar melupakan
· tidak suka benda remeh-temeh
· membimbing cara fizikal dan mental
· sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
· layanan yg serupa dgn semua orang
· tinggi daya simpati
· pemerhatian yg tajam
· suka menilai org lain dgn pemerhatian
· mudah dan rajin belajar
· suka muhasabah diri
· suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
· suka mendiamkan diri · suka duduk dirumah
· suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
· tak agresif kecuali terpaksa
· lemah dari segi kesihatan perut
· mudah gemuk kawal tak kawal diet
· minta disayangi · mudah terluka hati tapi lambat pulih
· terlalu mengambil berat
· rajin dalam membuat

OGOS

· suka berlawak
· mudah tertawan kepadanya
· sopan santun dan caring terhadap org lain
· berani dan tidak tahu takut
· orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
· pandai pujuk org lain · terlalu pemurah & bersikap ego
· nilai harga diri yg sangat tinggi
· dahagakan pujian
· semangat juang yg luar biasa
· cepat marah & mudah mengamuk
· mudah marah apabila cakapnya dilawan
· sangat cemburu
· daya pemerhatian yg tajam & teliti
· cepat berfikir
· fikiran yg berdikari
· suka memimpin & dipimpin
· sifat suka berangan
· berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
· sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
· cepat apabila ditimpa penyakit
· belajar utk relax
· sikap kelam kabut
· romantik ,pengasih,penyayang
· suka mencari kawan

SEPTEMBER

· sangat bersopan santun & bertolak ansur
· sangat cermat,teliti & teratur
· suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
· pendiam tapi pandai bercakap
· sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
· sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
· kerja yg dilakukansangat sempurna
· sangat sensitif ygtidak diketahui
· org yg banyak berfikir
· daya pentaakulan yg baik
· otak bijak & mudah belajar
· suka mencari maklumat
· kawal diri dari terlalu mengkritik
· pandai mendorong diri sendiri
· mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
· suka sukan,hiburan & melancong
· kurang menunjukan perasaannya
· terluka hatinya sangat lama disimpan
· terlalu memilih pasangan
· sukakan benda yg luas

OKTOBER

· suka sembang
· suka org yg sayang padanya
· suka ambil jln tengah
· sangat menawan & sopan santun
· kecantikan luar & dalam
· tidak pandai berbohong & berpura-pura
· mudah rasa simpati,baik, pentingkan kawan
· sentiasa berkawan
· hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
· cepat marah
· macam pentingkan diri sendiri
· tidak menolong org kecuali diminta
· suka melihat dari perspektifnya sendiri
· tidak suka terima pandangan org lain
· emosi yg mudah terusik
· suka berangan & pandai bercakap
· emosi yg kelam kabut
· daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
· suka melancong,bidang sastera & seni
· pengasih ,penyayang & lemah lembut
· romantik dlm percintaan
· mudah terusik hati & cemburu
· ambil berat tentang org lain
· suka kegiatan luar
· org yg adil
· boros & mudah dipengaruhi persekitaran
· mudah patah hati

NOVEMBER

· banyak idea dalam perkara
· sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
· berfikiran kehadapan
· berfikiran unik dan bijak
· penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
· pemikiran yg tajam
· daya firasat yg sgt halus dan tinggi
· bagus utk jadi doktor
· cermat dan teliti
· personaliti dinamik
· sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
· banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
· berani, pemurah setia dan byk kesabaran
· terlalu degil dan keras hati
· apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
· tak suka marah kecuali digugat
· mudah ambil berat terhadap orang lain
· pandai muhasabah diri
· cara berfikir lain dari org lain
· otak yg sangat tajam
· pandai mendorong diri sendiri
· tidak hargai pujian
· kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
· badan yg tough
· kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
· romantik · tidak pasti dgn hubungan kasih saying
· suka duduk dirumah · sangat rajin dan berkemampuan tinggi
· amanah, jujur setia dan pandai berahsia
· tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
· bercita-cita tinggi
· perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah

DISEMBER

· Sangat setia dan pemurah
· Bersifat patriotik
· Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
· Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
· Bercita-cita tinggi
· Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
· Seronok didampingi
· Suka bercampur dgn org
· Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
· Tidak pandai berpura-pura
· Cepat marah
· Perangai yg berubah-ubah
· Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
· Benci pada kongkongan
· Suka berlawak
· Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik



~Hidup mulia dengan ISLAM~

Saturday, July 12, 2008

KENALI DIRIMU..

Peratus kebenaran tidak dapat dibuktikan, kadang-kala ada yang mengena, ada juga yang tidak..apapun ia sekadar untuk rehatkan minda.. Jangan stres pulak.. Selamat menilai..

A=Agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara yg bermain-main difikiran...
B=Berhati-hati apabila bertemu individu baru yang dikenal...
C=Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu, kamu masih lagi belum
menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya...
D=Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain...
E=Kamu tergolong dalam kategori individu yg mnyeronokkan...
F=Semua org menyayangi kamu...
G=Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati dan menilai individu...
H=Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadili sesuatu perkara...
I=Kamu murah dengan snyuman dan sentiasa membuat org lain turut tersenyum...
J=opps...kamu agak cemburu orangnya...
K=Kamu gemar mncuba sesuatu perkara yg baru...
L=Kamu amat mempercayai kepada cinta...
M=Kejayaan hadir dengan mudah dlm kehidupan...
N=Kamu gemarkan kerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat...
O=Kamu tergolong dalam kategori individu yg berfkiran terbuka...
Q=Kamu agak hipokrit...Awas!!...
R=Kamu gemar bersosial dan berhubung...
S=Kamu memiliki tahap pemilitan yg luas dan jauh ke hadapan...
T=Sikap kamu adalah agak menjanggalkan org di sekelilingmu.
Hindari dari sifat suka berlagak mu itu...
U=Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dgn individu di
sekelilingmu.Walaupn dia di luar kemampuan drimu yg sebenar...
W=Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu peribadi yang ada.
Kamu akan cuba mempergunakan sebaik mgkin...
Y=Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada org lain bahkan diri kamu sendri...
Z=Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang...




Sila tinggalkan komen jujur selepas anda menilai diri anda... untuk pastikan kebenaran entri ini...



~Hidup mulia dengan ISLAM~

Friday, July 11, 2008

Ada apa dengan Nafisatul Ilmi?



Nama Sayyidah Nafisah amat dikenali dan disanjungi oleh penduduk Mesir dan Makkah. Digelar Karamatud Darain atau ’Karamah dua negeri’. Karamahnya seakan mula menyerlah seawal kelahirannya apabila salam perdamaian Bani Abbasiy dihulurkan kepada Bani Alawiy pada malam kelahirannya. Rentetan hubungan dingin Bani Abbasiy dan Bani Alawiy bermula kerana perbezaan sikap mereka terhadap khilafah apabila Dinasti Bani Umawiy jatuh.

Sayyidah Nafisah puteri kepada Hassan al-Anwar bin al-Hassan bin Ali bin Abi Talib bin Abu Mutalib. Nasab ini jelas menunjukkan beliau adalah Aalul Bait Rasulullah SAW yang mulia. Beliau dilahirkan di Makkah pada 11 Rabiulawal 145H. Menjadi kebiasaan pada tarikh tersebut umat Islam khususnya Aalul Bait menyambut Maulidur Rasul SAW. Oleh itu kelahiran beliau dianggap sebagai simbol penerusan generasi Aalul Bait Rasulullah SAW.

Ayahandanya, Hassan al-Anwar adalah antara pemuka Aalul Bait dan Bani Hasyim yang disanjung kerana ketinggian ilmunya dan kegigihan berdakwah. Pada malam kelahirannya, dikatakan ayahandanya sedang memberikan kuliah tafaqquh di Masjidil Haram apabila khadamnya datang memberitakan isterinya selamat melahirkan seorang puteri. Sayyid Hassan terus melakukan sujud syukur. Beliau sebenarnya telah dikurniakan dua orang puteri sebelum Nafisah namun tidak pernah menunjukkan wajah hampa kerana belum memiliki putera sebagaimana sunnah nendanya.

Selesai sujud syukur, Sayyid Hassan menoleh ke arah khadamnya lalu berkata, ”Aku namakan puteriku ini Nafisah, khabarkan kepada bondanya.”Usai kata-katanya itu, para murid beliau serentak mendoakan, ” Ya Allah, jadikanlah dia Nafisatul Ilmi (pendukung ilmu yang agung)”.Sayyid Hassan dengan penuh syukur dan rendah diri mengaminkan doa ikhlas murid-muridnya.

Sejak detik itu gelaran Nafisatul Ilmi seakan sebati dengan perjalanan hidup Sayyidah Nafisah. Dikatakan juga Sayyid Hassan memilih nama itu kerana mengenangkan adindanya Nafisah yang telah lama berdakwah ke Mesir dan menetap di sana.

Ketika majlis ilmu pada malam yang sungguh barakah itu hampir berakhir satu lagi keajaiban berlaku. Tiba-tiba datang seorang utusan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur,
khalifah kedua Bani Abbasiy. Utusan itu membawa surat dan hadiah khalifah yang dikatakan berjumlah 20,000 dinar. Selesai membaca surat khalifah, Sayyid Hassan menangis. Beliau menjelaskan kepada khalayak yang hadir dengan nada pertanyaan, ”Telah tiba suatu ujian besar buatku pada malam aku amat berasa bahagia dengan kurniaan Allah SWT.

Aku telah dilantik menjadi menjadi Amir Madinatul Munawwarah.” Inilah kali pertama Bani Alawiy dan Bani Hasyim ditawarkan jawatan dalam pentadbiran Bani Abbasiy setelah lebih 20 tahun hubungan dingin.

Para murid dan khalayak yang hadir di9 Masjidil Haram pada malam itu menyokong Sayyid Hassan agar menerima tawaran itu. Walaupun hati mereka sedih kerana bakal kehilangan seorang pemimpin rohani dan guru yang hebat, mereka memandang jauh tentang kepentingan umat Islam. Pastinya penerimaan Sayyid Hassan akan menjernihkan hubungan sesama umat Islam.

Sejak itu membesarlah Sayyidah Nafisah dan adik-beradiknya di Madinatul Munawwarah. Peribadinya mengikut jejak ayahandanya yang zuhud dan cintakan ilmu. Biarpun seorang pentadbir bertaraf ketua negeri, Sayyid Hassan terus menyampaikan kuliah di Masjidil Nabawi. Beliau juga menghidupkan lebih banyak majlis ilmu selain menanggung kehidupan ulama di sekitar Madinah.

Nafisah tidak pernah cuai daripada mengikuti kuliah-kuliah ayahandanya dan ulama-ulama lain di Madinah termasuk Imam Malik bin Anas rhm. Hasil daripada kegigihannya, ketika masih belasan tahun telah menjadi rujukan penduduk Madinah khususnya kaum wanita. Kemantapan ijtihad beliau dalam fiqh wanita telah menarik telah minat bukan sahaja kaum wanita bahkan ilmuan-ilmuan besar kerana beliau juga bijak mengemukakan pendapat tentan isu-isu umat Islam umumnya.



Sejarah membuktikan hubungan Sayyidah Nafisah dengan Imam as-Syafi’i rhm. Yang sentiasa mengikuti kuliah beliau di Madinah. Imam as-Syafi’i juga memohon restu Sayyidah Nafisah sebelum mengebahkan buku tulisan beliau ’Perbezaan Pendapat Syafi’i dan Malik’ . Imam as-Syafi’i dan penduduk Madinah lebih senang membahasakan beliau Nafisatul Ilmi berbanding memanggil Sayyidah (puan) Nafisah sebagaimana panggilan biasa kepada para Aalul Bait.



Nafisatul Ilmi berkahwin dengan Ishak al-Mu’tamin bin Jaafar as-Shadiq, pemuda Bani Hasyim yang wara’ dan bijak berniaga. Menyedari kelebihan isterinya,Ishak tidak pernah menghalang Nafisatul Ilmi daripada menyampaikan kuliah. Bahkan beliau sanggup menghantar isterinya ke Mesir atas jemputan penduduk Mesir yang dahagakan ilmu beliau. Pasangan ini dikurniai dua cahaya mata, al-Qasim dan Ummu Kalsum. Al-Qasim dilantik menjadi Amir Madinah oleh Bani abbasiy menggantikan nendanya.

Selain ketinggian ilmunya, Nafisatul Ilmi juga kuat amalan agamanya dan sentiasa serius mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berpuasa dan beribadah malam. Beliau pernah menunaikan haji dengan berjalan kaki dari Madinah ke Makkah kerana berpendapat itulah yang paling afdhal ketika menunaikan haji.

Doa Nafisatul Ilmi sentiasa makbul. Pernah seorang pemudi Yahudi yang lumpuh sejak beberapa lama memohon doa daripada beliau atas dorongan seorang sahabat Muslimnya. Tiba-tiba pemudi Yahudi itu mampu berdiri dan berjalan cergas setelah menyapu badannya dengan sisa air wudhu’ Nafisatul Ilmi. Peristiwa ini berlaku di Mesir.

Sayyidah Nafisah berangkat ke Mesir pada sekitar tahun 193H atas jemputan penduduk dan Gabenor Mesir. Beliau menerima jemputan itu setelah mendapat restu suaminya yang sanggup berkorban dengan berulang-alik ke Mesir demi amanah ilmu. Jemputan itu juga didorong oleh keinginan orang-orang Mesir untuk sentiasa berguru secara langsung dari Aalul Bait berikutan ibu saudaranya Sayyidah Nafisah Binti Zayd al-Ablaj telah kembali ke rahmatullah. Sambutan penduduk Mesir begitu hebat, seolah-olah mereka menganggap Nafisatul Ilmi seperti Mufti Mesir.

Sayyidah Nafisah sempat menyertai solat jenazah Imam as-Syafi’i ketika berada di Mesir. Dikatakan ketika Imam as-Syafi’i sedang menderita sakit buasir, beliau pernah meminta Nafisatul Ilmi mendoakan kesembuhannya Nafisatul Ilmi berpesan, perbanyakkan bertaubat. Imam as-Syafi’i memahami firasat Nafisatul Ilmi bahawa ajalnya semakin dekat.

Tidak sesiapa pun tahu bahawa pemergian Nafisatul Ilmi ke Mesir adalah perjalanan jauh beliau yang terakhir. Setelah mengalami sakit beberapa ketika, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah yang disediakan oleh Gabenor Mesir sebagai tempat beliau menyampaikan kuliah di Darbis Sibaa’. Ishak hanya tiba di Darbis Sibaa’ setelah isterinya menghembuskan nafas terakhir.

Nafisatul Ilmi lalu dimakamkan di Darbis Sibaa’ di sekitar makam ibu saudaranya yang juga bernama Nafisah. Makam Sayyidah Nafisatul Ilmi kini terletak dalam sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Sayyidah Nafisah.




~Hidup mulia dengan ISLAM~

Thursday, July 10, 2008

Pemuda kita hari ini..


Saya sempat menghadiri Kem Pengawas SMKBK, atas jemputan Cikgu Rohanom, Guru Lembaga Pengawas (mak usu saya) untuk sama-sama mengikuti kem ini. Ikut hati malas nak pergi... Tapi memikirkan anak-anak maksu yang masih kecil-kecil dibawanya sekali... saya pun setuju join sekali.



Kem kali ni.. di Sungai Sedim Top Tree Walk. Memang best tempatnya.. Dengan kemudahan yang menarik.. aktiviti yang mencabar...

Abseiling, Flying fox, berjalan sepanjang 925m melalui titi gantung besi... (Sempat join sekaki... free..lak tu)... ape pun.. agak kecewa tak dapat nak berkayak.. merentasi waterfall dan juram-juram yang mencabar fizikal... dah semangat dah... tapi.. sebab tak ada skill berkayak di kawasan bahaya... pihak resort tak benarkan... tak per la...

Sebenarnya dalam keseronokan mengikuti kem ini, banyak yang saya pelajari.. berhadapan dengan anak-anak remaja dari usia 13 - 17 tahun.. Rata-rata semuanya memiliki telefon bimbit... mak aii... mahal2 pulak tu... kalah kita yang tua ni.. saya tak menyalahkan teknologi yang ada, cuma anak-anak muda tak bijak menggunakan teknologi ke arah yang diredhai... tapi bijak menggunakannya ke arah yang tidak berfaedah... Siapa yang patut disalahkan? ibubapa yang terlalu memewahkan anak-anak? Mungkin. Tak salah sebenarnya kita mengejar kemodenan, cuma biarlah seiring dengan ajaran agama... mungkin itu satu sudut yang mak ayah lupa nak beri... kemewahan dari sudut didikan agama... Seingat saya, ayah hanya belikan saya handset pada usia 18 tahun, bila belajar kat luar. Itupun sebab tak call family selalu... mak bising. Bukan malas nak call tapi tak ada ruang nak call pakai public phone sebab kena beratur panjang... kenapa? Apalagi pasangan kekasih tengah bergayut memadu cinta.(Zaman tu tak ramai yang ada handset)

Bercakap tentang handset ni... satu istilah yang cukup sinonim...bila ada hanset.. mesti tak lari dari budaya couple... Sedih saya melihat adik-adik peserta perempuan ISLAM yang datang kem hanyut dengan dunia. Topik perbualan sepanjang hari mesti tak lari dari isu couple. "Eh akak Nadia dah couple dengan budak tu dah lama maner?" "Alah baru 3 bulan... Nabila lagi hebat dah setahun tau... depa nak celebrate ulang tahun percintaan depa nanti" Sebak saya dengar... Satu perasaan malu langsung tak kelihatan dari air muka mereka terhadap saya selaku orang luar, yang yang jelas kelihatan cuma rasa bangga tak terhingga bila diri dilabel mempunyai kekasih hati. Depan cikgu pun mereka tak kisah..

Tak cukup dengan pergaulan, isu pemakaian pun menjadi isu... Sakit mata memandang... Cikgu-cikgu tak larat nak tegur... Mungkin inilah hasil ISLAM HADHARI kot...

Jika pengawas yang merupakan antara organisasi kepimpinan tertinggi sekolah pun masih banyak perlu dibaiki dari sudut sahsiah dan etika, bagaimana pula keadaan pelajar-pelajar lain yang dipimpin? Perkara ini tak dapat dibendung walaupun mereka masih berada dibawah jagaan mak ayah. Apa akan berlaku bila mereka jauh dari mata mak ayah nanti? Sambung belajar, kerja di bandar? Waktu itu, mereka lebih bebas berbuat sesuka hati.. Mak ayah tak nampak... Jika tegur.. takut melenting.. Dah besar.. Masa kecil-kecil.. tak lentur baik-baik.. akhirnya mak ayah kena bedal balik. Wahai mak ayah... tak sayang ke kat anak- anak?

Bila berhadapan dengan situasi begini.. saya rasa sangat bersyukur diberi ruang oleh ALLAH untuk menerima hidayahNYA. Rasa syukur tak terhingga, adik saya masih terkawal dan terhindar dari budaya sebegini... Terima kasih YA ALLAH kerana memegang utuh hati kami..

Namun, jauh disudut hati... rasa risau dan bimbang... walaupun belum berkahwin...bagaimanalah keadaannya bila saya sendiri mempunyai anak-anak? Bagaimana dengan anak-anak saya nanti? Adakah mereka akan berhadapan dengan situasi yang lebih dahsyat dari keadaan realiti hari ini... nauzubillah... Ya ALLAH..peliharalah zuriat-zuriatku nanti...

Kepada semua ibu bapa.. didiklah anak-anak dengan ilmu agama, pakaikan mereka dengan pakaian ISLAM, didik akhlak mereka dengan akhlak ISLAM, pastikan hidup mereka dengan keindahan ISLAM... ISLAM IS THE WAY OF LIFE... selamatlah golongan manusia itu jika hidup dengan ISLAM.. (pesanan ini ditujukan pada sahabat2 yang dah walimah dan dah jadi abi dengan ummi... yang belum.. pun boleh bersiap sedia.. pilihlah pasangan yang cinta ALLAH



~Hidup mulia dengan ISLAM~




Wednesday, July 9, 2008

KAKI...KAKI...KAKI...



3 KAKI...

3 kaki...berstokin hitam
3 kaki...3 cara berbeza
3 kaki...bertemu keranaNYA
3 kaki...berbaiah atas satu cita-cita
3 kaki...berjuang demi yang MULIA

3 kaki...berjalan seiring dilaluan berliku
3 kaki...kadang kala tersadung, kadang kala terseliuh
3 kaki...walau rebah,gagah melangkah
3 kaki...terus menapak tak mengira bentuk muka buminya

3 kaki...terus berlari
3 kaki...kental memanjat cabaran, tabah menuruni ujian
3 kaki...gagah menghadapi tarbiyah TUHAN

3 kaki...kadang-kala tewas, namun kembali berdiri jua
3 kaki...tak gentar berhadapan ranjau berduri,
3 kaki...jiwanya damai walau berantakan
3 kaki...hatinya ceria, menguntum senyuman
3 kaki...kencang berperang seribu panahan

3 kaki...melangkah seiring
3 kaki...suka duka bersama dijinjing
3 kaki...semangat bara mantap dipikul

3 kaki...masa bersama terhenti
3 kaki...menghala arah tuju sendiri
3 kaki...semangat kental tegap menemani
3 kaki...cekal berani menghadapi duniawi
3 kaki...walau hebat ditindas tribulasi
3 kaki...tetap waja, mengharungi

3 kaki...mogakan bersama kembali
3 kaki...berpadu sekali lagi
3 kaki...bergabung kebijaksanaan diri
3 kaki...walaupun hanya sekali

3 kaki...bersama mengimbau memori
3 kaki...jangan tangisi takdir ilahi
3 kaki...tak perlu rindu,cukup sekadar mengingati
3 kaki...jangan putus doa sesama sendiri
3 kaki...ada hari pasti ketemu lagi...

~Hidup mulia dengan ISLAM~

Tuesday, July 8, 2008

Kem Remaja Cemerlang


Alhamdulillah... akhirnya selesai program Kem Remaja Cemerlang, anjuran Masjid Tasek Junjong.. khas untuk anak jati kampung yang disayangi (saya join jer.. bukan anak jati kampung ni...). Kesempatan berprogram bersama adik-adik kali ini cukup bermakna sebab diri saya dah lama tak terisi dengan program-program pembinaan generasi rabbani. Maklumlah dah 2 bulan tamat pengajian.. jadinya tak adalah peluang mengadakan program-program untuk saudara seagama.



Programnya berbentuk riadah dan santai bertempat di Hutan Lipur Cherok To'kun. Diketuai oleh saudara Abu Salman sebagai sebagai ketua Moderator, dibantu oleh Helmi, Ahmad Sabree, Ishak, Syabani, Mashitah, Sakinah, Fadhilah,Fairuz dan saya sendiri. Oh ya, Makcik-makcik dan pakcik-pakcik kampung Tasek Junjong pun turut membantu.. Syukran...


Aktiviti bermula dengan Treasure Hunt dengan 9 check point,kesian penat adik-adik peserta.. yang berumur dari 15 hingga 17 tahun. Macam-macam yang terjadi, hilang barang amanah, diperdaya oleh fasi dan macam-macam lagi... apepun setiap aktiviti di check point sememangnya mempunyai objektif tertentu.. dan alhamdulillah adik-adik dapat menyelesaikannya dengan baik.


Program yang hanya satu hari ini, diteruskan dengan slot motivasi tentang realiti remaja Islam oleh Ustaz Nazrul lulusan Al-Azhar. Adik-adik ni nampak sedikit bosan pada awalnya, namun nasib si ustaz bijak menarik perhatian mereka dengan pelbagai video klip yang menarik.. Hai adik2, memang perkara kebaikan itu, membosankan bagi mereka yang cintakan dunia.. harap2 kamu semua diselamatkan olehNYA.

Kemudian sampai ke sesi LDK yang membincangkan tentang Solat. Saya agak sedih bila ada yang masih tidak tahu tentang rukun solat, dan perkara-perkara asas solat. Namun nampaknya adik2 ni.. walaupun nampak agak liar tapi hati mereka mudah menerima apa yang disampaikan... Akhirnya slot yang riuh rendah selama 45 minit ni... berakhir dengan azam baru masing-masing... Bersemangat adik2 ni... yelah bila diprovok.... "Orang perempuan kalau nak kahwin, kena pandai masak...kalau tak malulah... HAHAhhaha.. semua yang lelaki ketawa..."Haa budak perempuan dengar tu".."Pandai-pandai pun kena masuk cherok dapur jugak".."Hoi budak2 lelaki... kamu pun... kalau nak kahwin.. kami budak2 perempuan nak letak syarat... mesti boleh jadi imam dan solat kat masjid... kalau tak kami tak nak..." ...Budak lelaki pulak rasa tercabar.. AKhirnya mereka tahu mereka wajib solat berjemaah di masjid.. "wei kawan2... balik program nie kita pi sembahyang kat masjid..." (pekik salah sorang peserta kumpulan saya, Syafiq)...


Penat juga nak handle adik2 ni.. maklumlah semuanya kaki rempit, kaki lepak.. namun jika kita pandai memancing hati mereka.. mereka boleh menerima semua aktiviti dengan baik..


Sebenarnya program ini bertujuan untuk menarik anak-anak muda ke masjid dan menjadi syabab yang berakhlak mulia.. Tentang batasan pergaulan dan aurat diajar kepada mereka.. Masing-masing tersipu-sipu malu... akur dengan kesilapan masing-masing... ditambah pula dengan slot langkah pejuang oleh ustaz Nazrul... Ada juga yang sampai sebak dan mengalirkan air mata.. terkesan dengan soalan-soalan terjah ustaz.


Saya berharap adik2 yang terlibat dapat membuat perubahan pada diri masing-masing... Jadilah anak yang soleh dan bantu agama... Bagi yang nak PMR dan SPM... selamat maju jaya.....



Buat sahabat2 fasi yang baru kenal, semoga ukhwah kita berkekalan... ada rezeki kita jumpa lagi...

Monday, July 7, 2008

Mahasiswa daei.. bijakkah anda?

Mahasiswa kampus sememangnya mempunyai pelbagai tanggungjawab apabila bergelar pelajar universiti.Tanggungjawab yang sedia ada mungkin bertambah apabila mahasiswa melibatkan diri dengan gerak kerja kelab dan persatuan serta meletakkan diri sebagai daie' kecil untuk masyarakat kampus. Pelbagai tugasan, gerak kerja dan program harus disiapkan dan dihadiri, Kemungkinan besar sedikit sebanyak jadual hidup yang teratur akan jadi kelam-kabut jika tidak diurus dengan bijak.

Walaupun mahasiswa-mahasiswa daei ini sedar akan kesibukan dirinya dengan pelbagai amanah, namun ada di antara mereka kadang kala lupa untuk mengurus dan membetulkan keadaan hidup mereka yang kucar-kacir. Bukan semua yang berjaya menghadapi situasi realiti menjadi pemimpin yang berkepimpinan.

Mahasiswa yang excellent dengan gerak kerja, kencang mengendalikan program, mantap berperanan sebagai moderator, hebat dalam hujahnya, memang layak digelar seorang yang berkepimpinan namun tidak terpimpin jika dilihat dari sudut yang tersirat. Mereka ini gagal dalam proses menguruskan kehidupan . Makan minumnya tidak terjaga, kesihatan tidak diambil tahu, pakaian, personaliti dan imej diri serta tempat tinggal terabai tanpa usaha memperbaiki.

Gejala ini bukanlah suatu yang patut dibanggakan tetapi disesali. Mereka yang aktif di kampus sepatutnya menjadi contoh pada yang lain, agar dapat menyuntik semangat kepada yang kurang aktif untuk turut sama -sama berubah menjadi aktif dan membuatkan kehidupan mereka lebih bermakna dan berfaedah.

Jika kita mahasiswa daei yang aktif ini lemah dari sudut pengurusan diri dan juga lemah dari sudut pengurusan akademik, bagaimana agaknya kita boleh menjadi contoh dan sekaligus menjadi daei yang bijak dalam uslub dakwahnya. Realiti masyarakat kampus hari ini, memandang bukan hanya dari sudut hebat berhujah, kehebatan dari sudut ilmu agama, mantap berprogram dan bergerak kerja, tapi nilaian utama adalah pada akademik, pengurusan hidup, dan hubungan sosial. Inilah realiti yang harus diterima oleh mahasiswa daei. Jika mahasiswa daei ini menganggap faktor ini hanya faktor sampingan, mereka sudah tersalah duga.

Sebagai daei, kita harus bijak meletakkan diri kita agar seimbang dan relevan dengan situasi yang ada. Hari ini, daei perlu bertindak excellent dan intelligent serta mengetahui keperluan warga kampus disamping menarik mereka kembali kepada ISLAM. Jangan kerana kita mahasiawa daei ini, tersalah aturan, akhirnya ISLAM yang kita cintai menjadi mangsa FITNAH manusia yang jahil walaupun mengaku ISLAM.

APA PERLU KITA BUAT?
- Perbaiki hubungan dengan ALLAH dan makhlukNYA.
- Perbaiki mutu pembelajaran dan penuhi hak-hak sebagai penuntut.
- Perbaiki pengurusan hidup. Tunaikan hak pada diri(kesihatan, pakaian,
keselesaan tempot tinggal).
- Bersifat profesional (Bezakan apa yang HALAL, diharuskan, wajib, dan HARAM). ISLAM itu
syumul dan mudah, AWAS dengan tindakan ANDA yang jumud profesional.
- Bertindak dengan bijak dalam setiap keadaan.
- Thinking out of the box...barulah anda layak digelar budak bijak.
- Bersifat rasional.
- Sediakan list untuk pengurusan diri (belajar urus masa dengan cekap).
- Selalu mandi untuk kesegaran pada badan dan otak. (Minda yang segar membantu
menghasilkan keputusan yang baik).
- Jangan mesyuarat terlalu lama.
- Jangan malas tukar pakaian (1 hari= 1 pakaian). JAGA KEBERSIHAN DIRI.
- Menghayati Al-Quran, dan SIRAH sebagai panduan.

APA YANG TAK PERLU KITA BUAT?

-Jadikan tanggungjawab akademik perkara terakhir diselesaikan dalam list pengurusan diri membazir masa ( makan berjemaah dan borak berjemaah hingga berjam-jam)

-Banyak tidur

-Membuang slogan yang telah di 'mindset'kan "gerak kerja no. 1, akademik dan pengurusan -hidup no.2"( seiring sebenarnya).

-Banyak makan

-Malas untuk menghadiri kuliah.

-Tidak profesional dalam hubungan sesama masyarakat kampus (bersifat jumud)

-Aspek kebersihan tidak dititikberatkan. (Pakaian tak berbasuh, bilik bersepah,Locker baju- berselerak, meja tulis berterabur,toilet kotor).JANGAN JADI SAHABAT SYAITAN.

-Lupakan hak pada ALLAH dan makhlukNYA.

Adakah kita mahasiswa daei berhadapan dengan 8 masalah ini? Tepuk dada tanya iman.. Saya sendiri pernah berhadapan dengan cabaran ini. Sedikit sebanyak terkena juga batang hidung sendiri. Mungkin ini adalah ujian buat mereka yang bergelar mahasiswa daei. Mampu atau tidak kita menghadapinya? Jawapan ada pada diri kita masing-masing. Apa yang diharapkan mereka yang masih lagi bergelar mahasiswa daei, bersedia berubah untuk Kemenangan ISLAM.


"Org gagal suka berbincang mengenai org lain. Org sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yg berlaku di sekitarnya. Org cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yg dpt mengubah dirinya atau mengubah dunia!"




Hidup mulia dengan ISLAM~

Tuesday, July 1, 2008

Taubat seorang adik

"kak ni.. adik tak suka la kak sibuk-sibuk pasal hal peribadi adik" "Jangan kongkong adik, adik tau apa yang adik buat"... Tiba-tiba rasa air jernih deras mengalir dari alur mataku.. Tak dapat aku nak menahan perasaan sebak ini.. Ya Allah pelihara adikku.

Adik lelakiku yang usianya 17 tahun adalah satu-satunya adik yang aku ada(kami dua beradik jer). Dia merupakan anak yang soleh dalam keluarga. Adikku tak pernah jemu menjaga ayah yang terlantar selama 3 tahun sakit akibat angin akhmar bila pulang dari asrama. Mandikan ayah, suapkan ayah makan, tukarkan lampin pakai buang ayah. Rajin lah, sebab dia ada minat nak jadi jururawat lelaki. Alhamdulillah, tentang solat pula tak perlu dirisaukan .Solat tak pernah ditinggal.. cuma kekadang tu...ader la terlewat solat.....

Adikku ni tak liar, tak melepak apatah lagi merempit ... lepak kat rumah jer kalau balik asrama.. katanya Baiti Jannati. Dia adikku, anak yang terdidik dengan agama walaupun kami sekeluarga bukanlah dari latar belakang agama yang kuat. Mungkin sebab dia sekolah agama, jadi agak terdidik.

Namun dirinya menerima ujian ALLAH,mungkin untuk memberinya tarbiah berharga. Bemula dengan kejayaannya dalam PMR, mak menghadiahkan telefon bimbit buatnya. "Alah kak jealous lah tu... handset adik lagi canggih dari kak...." Aku hanya mendiamkan diri...aku bukannya budak kecil cemburu pada hal yang remeh... tapi jauh disudut hati aku risau dia akan lalai dek handset barunya itu.. Sungguh bagai dikata.... dia mula belajar berSMS dengan seorang teman sekolahnya yang diibaratkan cukup istimewa buat dirinya.

Pada mulanya hanya sms bisa, " Sesungguhnya ALLAH telah menemukan kita...Kau lah wanita solehah buatku..... jangan lupa bangun qiam tau, jadi hambaNYA yang solehah".. lama kelamaan makin berani... "Sayang tengah watper tu? abang rindulah kat sayang.." Oklah... abang tidur dulu... muuuuahhh... abang bagi kiss maut kat sayang ni"... Berkecai hatiku bila inbox message dipenuhi dengan kata-kata cinta... maklumlah... 2 minggu sekali saja nak main sms bila balik ke rumah. Kat sekolah tak sempat nak berpuisi indah sebab tak ada handset... YA ALLAH... selamatkan adikku..

Cubaan pertama.. menegur tak berjaya.. hanya linangan air mata.. menenangkan hati... tak boleh jadi ni... fikirku..

Dari pemerhatianku, adikku dan kawan perempuannya masih kuat iman mereka... budak perempuan itu sukakan tazkirah.. majlis-majlis ilmu... mungkin mereka tak tahu yang bercinta tu salah bila tiada ikatan pernikahan.. "boleh ker saya nak kenal dengan akak kamu im?" tak payah la, nanti panas telinga,, dapat tazkirah free..."adikku membalas.. "tak per saya suka tazkirah..."kata maizatul. Akhirnya aku berpeluang mengenali adik perempuan tersebut... Ya ALLah.. hatiya bersih... cuma dia tersalah langkah... tapi masih belum terlambat.. satu persatu agenda aku susun untuk menyedarkan mereka...

satu malam dalam perjalanan pulang.. dalam kereta.."dik pernah dengar tak kisah cinta BABI?" " "Haa... cinta babi... tak pun.....adik dengar" Cantik... bisik hatiku.. "dengar sini kak nak cerita..." kebetulan ada sepupuku yang sebaya dengan adikku...bersama-sama kami. Lelaki juga... apalagi...dapat tazkirah free ler budak2 ni malam ni..

"Ok.. ada seekor babi yang orang Islam bela, bela dengan cara Islam, makan bacakan doa makan untuk babi ni, Pendek kata, babi ni diajarkan dengan adab-adab Islam.. Agak-agak , babi islamik ni masih haram tak bagi kita orang ISLAM atau dah gugur KEHARAMAN tersebut... yelah... dapat didikan ISLAM.."tanya ku pada mereka berdua... "Eh.. mana boleh... Babi tu kan haram... dalam Al-quran pun jelas-jelas mengatakan babi tu haram..." tegas adikku menyampaikan hujahnya.. "Betul-betul"sampuk pula Afiq, sepupu kami.

"Yakin?" tanyaku.. "Mestilah.. adik yakin".. "Ok...kak nak tanya .. agak-agak... cinta yang kononnya cinta islamik... berpesan-pesan jangan tinggal qiam, ayat-ayat hikmah menginsafkan diri, sabda-sabda rasulullah untuk menambat hati si dia tu, masih halal ke walaupun sebelum bernikah? Walaupun tak buat apa-apa, just wish-wish biasa, setakat panggilan sayang, honey, kiss, muah tu boleh ke sebelum disatukan secara sah adik?"

"Terdiam adikku... pening agaknya. "Boleh ke bercinta sebelum sampai masanya? Agak-agaknya.. Dalam Al-quran boleh terubah ke ayatnya, kepada HALAL kalau kamu bercinta dari jauh ni... tak buat apa-apa... kami tak buat maksiat... cinta kami cinta islamik, cinta kami untuk mengukuhkan study kami.. cinta sebenar tak macam orang lain...kami jaga pergaulan.." Soal ku bertubi-tubi menambahkan kepeningan adikku.. "Oh ya.. makwe saya ni... saya tegah dia dari buka aurat..." aku terus menghentamnya. " Adik,Kamu ingat kamu tak buat maksiat. kamu tahu tak.. kamu dok buat maksiat hati.. kamu sedang merosakkan hati kamu dan hati kawan perempuan kamu tu sekali.. tau tak.. Jangan dekati mendekati zina... Jelas dalam Al-quran...Takkan itu pun kak nak terang kot... kamu mesti tau...kan "Bidasku lagi tanpa memberi ruang pada adikku.
Tiba-tiba... dalam kereta...Adikku bagai diserang histeria.. berteriak dalam kereta... "YA ALLAH... aku bertaubat... aku takkan buat dah... Ampunkan aku...Kak adik minta maaf... Terima kasih sedarkan adik.." "Ya Allah... terima kasih kerana sayangkan aku lagi...." katanya tak henti-henti. Aku hanya tersengeh melihat reaksinya... "Kak apa yang adik harus buat sekarang" "Laaa, tu pun nak tanya, Kak yakin adik tau apa yang harus adik buat... tepuk dada tanya iman" " Yaa. adik akan bertaubat... dan buang semua perkara-perkara maksiat tu dari diri adik..".

YA ALLAH... imannya masih utuh... Sesungguhnya Hanya Engkau yang berhak memegang hati-hati kami". Setelah 2 minggu di asrama adikku pulang, perangainya macam biasa masih lagi banyak cakap dan suka mengusik semua orang dalam rumah.. cuma malam itu, "Kak jom kita keluar jap.. Jom... sahutku"

Dalam perjalanan... adikku hanya mendiamkan diri... Aku yang banyak bercakap... biasalah... perempuan.. Aku suka bertazkirah dengannya...kali ini aku ceritakan tentang kisah Khalid Al-Walid dan Salahuddin Al-Ayubi..maklumlah... baru tamat baca novel karya tentang perjuangan dua pahlawan Islam ini.

Tiba-tiba... "kak adik rasa adik........" "Apa? kak tak dengar... cakap kuat sikit..." " issh kak ni... dah la susah adik nak meluahkan.. tak dengar la pulak.. adik dah tak dak apa-apa dengan Maizatul.. adik cerita kat dia kisah cinta babi tu... dia pun cakap dia pun rasa menyesal... takut ALLAH marah... So kami la ni.. jadi schoolmate ja... dah tak dak apa-apa lagi dah" katanya sayu. "Alhamdulillah.... adik kak dah sedar..." So apa yang adik rasa sekarang? Adik kena... sabar... nak buang perkara-perkara mazmumah ni... memang kena kuat.." pujukku.

"sekarang ni adik rasa tenang... adik study pun cepat masuk.. senang ingat.. mudah menghafal.. kalau dulu asyik teringat dan rindu kat dia..... maizatul pun bagitau dia pun lebih tenang dan fokus dalam study kak..." adiiku membalas. " Itulah... kalau hati kita bersih... semua ilmu mudah masuk".. Ok kak harap adik dengan Maizatul berubah dan peganglah ISLAM dalam setiap keadaan dan sebelum nak buat apa-apa letak ISLAM tu kat depan, kalau ISLAM tak bagi buat jangan buat... Ingat tu.."


"Baik kak.. adik harap adik akan jadi orang berguna untuk agama"...

"InsyaALLAH... boleh... kak yakin.. yang penting letak diri kita dalam perjuangan dan beradalah bersama-sama dengan jemaah..sesungguhnya jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab... "kataku mengakhiri perbualan kami.. sebab dah sampai ke destinasi yang dituju...



~Hidup mulia dengan ISLAM~

Tuesday, June 24, 2008

Mari kita perbaiki akhlak



"Islam itu indah"... kalau nak tahu.. rugi kalau tak rebut peluang....

"memang pun.. saya ada niat nak mendalami agama kita, banyak lagi tak tahu... cuma tak tahu nak mula macam mana".. umur pun makin meningkat..malulah.. pasal agama apa pun tak tahu"rizal tiba-tiba bersuara..

"aaahh la....rumah kata pergi, kubur kata mari" akak dengan suami jahil, macam mana nak didik anak-anak.. sejuk hati akak jika anak-anak akak nanti bila besar jadi muslimah yang terpelihara"...kak Ani pulak menambah... matanya tiba-tiba nampak berkaca.. itulah isi hati seorang ibu.. Alhamdulillah.. YA ALLAH... sesungguhnya kau berhak ke atas setiap hati manusia.. bukakanlah pintu hati mereka..AMIN..
Aku rasa ini adalah satu nikmat yang cukup bermakna, rakan-rakan sekerja mula berkongsi isi hati ingin membuat perubahan diri..aku rasa bersyukur.. mudah-mudahan dengan peluangku bekerja disini, dapatlah aku membantu mereka serba sedikit untuk mengenal ilmu ALLAH. alahai aku pun masih diperingkat pembentukan.

Cuma diawal waktu bermulanya bekerja, timbul soal kekeliruan pada diriku. Ada rakan sekerja yang tiba-tiba menyatakan beliau begitu tertarik dengan pemakaian dan adabku sebagai seorang wanita Islam. Rasa bangga sebagai seorang muslim, bila ada yang menyatakan wanita itu cukup berharga dan tinggi maruahnya jika dirinya dipelihara dengan pakaian dan akhlak Islam. Itulah Islam, satu-satunya agama yang mengangkat tinggi martabat seorang wanita. Tapi tiba-tiba jadi keliru bila ada yang tiba-tiba memuji-muji tentang diriku hingga jadi aku rasa diriku sudah jadi fitnah." awak walaupun tutup aurat masih cantik, akhlak awak yang baik.. awak ni umpama satu dalam sejuta.."...YA Allah, aku bersalah ke? Pakaianku, akhlak ku. Tabarruj? Ye ke?Jauh panggang dari api. Ya Allah, beri aku kekuatan menghadapi ujianMu ini"

Alhamdulillah, akhirnya, aku bersemuka dengan mereka untuk merasionalkan keadaan. Mereka mudah menerima, hati mereka terketuk.. masih ada iman..malah yang lagi best ada yang nak belajar agama. Menarik tu... awak jadilah ustazah kami.. senang sikit.. Opps, bagi yang muslimin aku kata tak sesuailah kalau aku nak jadi cikgunya, apa salahnya... cuba-cubalah dekati masjid mungkin ada banyak ilmu yang akan diperolehi dari majlis-majlis ilmu. "Kami pergi... tapi kadang-kadang.. takper lepas ni kami cuba istii, istii... aper tu perkataannya.. aa istiqamah..macam awak selalu sebut tu". Muslimatnya pula, setakat ni adalah kesempatan mengadakan usrah secara tak langsung waktu time rehat dan bertukar-tukar bahan bacaan ilmiah.

Moga-moga rakan-rakanku yang baru ini, ikhlas niatnya untuk melakukan satu penghijrahan pada diri dan kehidupan masing-masing.. bukan kerana terpengaruh dengan suasana semasa. Ya Allah, berilah hidayah dan petunjukMU pada mereka. Mudah-mudahan mereka menjadi hambaMU yang soleh. YA ALLAH.. berkati aku sekali.. Semua sahabat-sahabatku, muslimin dan muslimat, yang hidup mahupun yang mati.. AMIN.

Ini adalah antara satu luahan rasa yang saya ambil dari satu penulisan tentang realiti yang terdapat di alam kerjaya... agak-agak nanti kita semua macam mana bila meniti alam kerjaya? mungkin ada yang akan berhadapan dengan suasana yang tenang ataupun sebaliknya.. saya yang sedang merasai alam praktikal tiga bulan pun kadang kala berhadapan dengan situasi yang mencabar.. harap-harap adalah sedikit sumbangan untuk ISLAM....ANDA pula bagaimana?

Bila difikirkan, lebih besar peranan kita sebagai daie' bila ditempat kerja berbanding kampus. Kalau dikampus, belambak-lambak.. kelas agama .. nak dengan taknak saja.. Di dunia kerjaya, Kita pasti akan berhadapan dengan mereka yang tidak berpeluang mengenal ilmu allah, keluar bekerja fajar tak terbit lagi, balik kerja bulan jadi teman. Penat seharian. Bukan taknak belajar katanya, tapi tak tahu yang belajar agama itu fardhu ain, cukup puasa, solat, kalau tinggal apalagi qada' jer. Mungkin juga tidak ada saluran, tak tahu macam mana nak mula atau memang malas nak ambil tahu. Apapun tugas kitalah untuk menyedarkan mereka. Sebagai daie' diri kita ibarat contoh pada yang lain. Setiap perlakuan, percakapan malah setiap tindakan kita akan dilihat dan dinilai oleh mereka yang berada disekeliling kita.

Betapa tingginya nilai akhlak, manusia boleh lembut hatinya hanya dengan peribadi yang mulia tanpa perlu kepada bicara yang manis. Itulah antara yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w ketika Baginda menyampaikan Islam. Sesungguhnya kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
kemuliaan akhlak".

Selain itu, akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda:Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Ingatlah saudaraku, perbaikilah akhlakmu.. untuk kebaikan agama, dan dirimu sendiri...



Hidup mulia dengan ISLAM!!

akhirnya.. misi terlaksana


ALHAMDULILLAH... Segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekelian alam.. di atas segala nikmat yang tak terhingga... rasa syukur dipanjatkan pada ilahi... akhirnya terhasil sebuah blog untuk diri sendiri... kalau dulu... blog sahabat sahabiah jadi tempat berkongsi ilmu, namun sekarang peluang dibuka untuk diri ini berkongsi ilmu dengan hamba-hambaNYA. mudahan dengan penghasilan blog ini akan menjana satu perubahan diri kearah yang lebih terpelihara dan istiqamah bersama ISLAM.. moga perkongsian antara kita dapat memberikan sesuatu yang lebih bermakna dan indah...